Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji sikap yang ditampilkan pemain kacukan, Dion Cools yang kelihatan begitu yakin dalam usaha menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan baharunya.
Cools nyata mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air apabila beliau telah diumumkan sah menyertai skuad kebangsaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadapi baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Ia juga sekali gus menamatkan penantian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang difahamkan sudah ‘menjemput’ pemain kelab FC Midtjylland untuk menyarung jersi kebangsaan kira-kira dua tahun lalu.
Pujian itu dihamburkan oleh Tan Cheng Hoe selepas beliau ditanya oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin tentang perkembangan hari pertama Dion Cools bersama pasukan dalam satu video yang dimuatnaik di laman sosial rasmi FAM.
“Dia memberikan kami tanggapan yang cukup baik di mana ia menunjukkan dia tampak sungguh yakin. Dia boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan.”
“Kelihatan juga dia mempunyai sikap yang cukup baik dan lebih penting dia dapat sesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan dapat bermain sebagai satu pasukan.”
“Kerjasama berpasukan itu yang paling penting,” ujar Tan Cheng Hoe lagi.
Dalam perkembangan sama, Hamidin turut mendedahkan bahawa pihaknya tidak menutup pintu buat para pemain kacukan yang berkualiti untuk dinilai barisan jurulatih bagi memperkuatkan skuad kebangsaan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:
RASMI: FAM Umumkan Dion Cools Pemain Kacukan Terkini Sertai Kem Harimau Malaya Di UAE
Van Marwijk: “Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia Mungkin Adalah Satu Penipuan”
Tan Cheng Hoe Optimis Pemain Naturalisasi Mampu Beri Impak Positif