Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberi bayangan akan memanggil tonggak Perak, J. Parthiban ke kem skuad kebangsaan untuk persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Pemain yang berusia 26 tahun itu tidak pernah mendapat panggilan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dan beliau berpeluang membuat penampilan pertamanya di pentas antarabangsa selepas berjaya memikat Cheng Hoe melalui aksi konsisten dalam saingan Liga Super dan Piala FA.

67528255_1067243670141633_6061394942918393856_o
Aksi Parthiban ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Kedah. FOTO: Perak TBG

Jika dipanggil, pemain yang digelar sebagai ‘kinta ekspress’ ini kemungkinan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium Shah Alam pada 30 Ogos ini aksi Kelayakan Piala Dunia menentang Indonesia (5 September) dan UAE (10 September).

Kehadiran beliau bakal memberi banyak pilihan kepada Cheng Hoe untuk memperkuatkan bahagian sayap jika dua tonggak utama, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid mengalami kecederaan.

“Ramai peminat mengatakan Partiban bermain begitu baik dan saya sendiri pun nampak (permainan cemerlang Partiban). Bukan perlawanan akhir (Piala FA) saja, malah dalam liga (Liga Super) pun dia bermain agak konsisten dengan persembahannya.

“Teruskan dengan aksi sebegitu dan tak mustahil saya akan memanggilnya dan harap dia dapat pamerkan aksi sebenar,” katanya dalam Arena Metro.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

Baddrol Bakhtiar turut berada dalam radar Tan Cheng Hoe

Selain Parthiban, Cheng Hoe turut mempertimbangkan untuk memanggil semula kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar selepas membantu pasukannya menjuarai Piala FA minggu lepas.

“Bagi saya, Baddrol Bakhtiar bermain dengan begitu baik. Saya bukan hanya bagi peluang kepada dia sahaja. Semua orang saya akan bagi peluang.

“Setiap pemain yang berpotensi, tidak kira pemain muda atau senior, semua akan diberi peluang jika bersesuaian dengan pasukan,” katanya.

Sumber