Pemain pertahanan pasukan Jepun, Takehiro Tomiyasu semakin hampir untuk berhijrah ke saingan Serie A apabila Bologna berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Takehiro, yang ketika ini sedang beraksi bersama Jepun dalam saingan Copa America 2019 mempunyai musim yang cemerlang bersama kelab Belgium, Sint-Truiden dalam saingan Jupiler Pro League.
Pemain berusia 20 tahun itu membuat 38 penampilan bersama kelab yang disertainya pada awal musim 2018/2019. Sebelumnya, Takehiro mencipta nama dalam saingan J1 League apabila beliau beraksi bersama Avispa Fukuoka selama dua musim.
Bologna dikhabarkan akan membayar sebanyak €6 Juta kepada Sint-Truiden bagi mendapatkan khidmat Tomiyasu dan nilai tersebut bakal menjadi transaksi terbesar yang pernah dilakukan oleh Sint-Truiden dalam sejarah kelab tersebut.
Selasa lalu, seorang lagi pemain muda Jepun, Yukinari Sugawara sah menyertai kelab Eredivisie, AZ Alkmaar secara pinjaman selama satu musim daripada Nagoya Grampus.
Jika Takehiro Tomiyasu menyertai Bologna, maka beliau akan menyertai pemain Jepun yang lain seperti Keisuke Honda, Hidetoshi Nakata, Sunsuke Nakamura dan Hiroshi Nanami.