Neymar mengakui dia sangat hancur secara psikologi meratapi penyingkiran Brazil daripada Piala Dunia 2022. Di mana Brazil menelan kekalahan dalam penentuan penalti kepada Croatia.
Neymar menganggap ini adalah kekalahan paling menyakitkan di dalam kariernya.
Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan gol menerusi permainan berpasukan ditambah dengan kegeniusan individu yang hebat untuk menyamai rekod gol Pele yang menjaringkan 77 gol untuk Selecao.
Namun Brazil melepaskan bolos dan perlawanan diheret sehingga ke penentuan penalti selepas seri 1-1 sepanjang 120 minit.
Apa yang membuatkan Neymar benar benar kecewa adalah dia tidak berkesempatan untuk mengambil sepakan penalti dalam penentuan penalti tersebut.
Dan hanya melihat pasukannya kalah 4-2 di tangan Crotia – finalis 2018 itu sekali lagi mara ke separuh akhir.
Pasukan pilihan Brazil kini mesti menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk memenangi Piala Dunia keenam mereka — selepas yang terakhirpada 2002.
Neymar akui hancur secara psikologi
Neymar berkata: “Saya hancur secara psikologi. Ia pasti kekalahan yang paling menyakitkan saya, yang menyebabkan saya lumpuh selama 10 minit selepas perlawanan, selepas itu saya menangis tanpa dapat berhenti,” kata Neymar menerusi Instagram.
Dani Alves was consoling Neymar after their loss against Croatia 😢❤️ pic.twitter.com/CCZnywVked
— ESPN FC (@ESPNFC) December 9, 2022
“Ia akan menyakitkan untuk masa yang sangat lama, malangnya,” tambahnya.
Neymar telah disenaraikan sebagai pengambil sepakan kelima. Keputusan itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Ramai menuduh Neymar gilakan nama untuk menjadi pemain penentu kemenangan.
Kerana pemain terbaik dalam sepakan penalti seharusnya berada di senarai awal. Neymar merupakan pemain utama dalam tugasan penalti untuk Brazil sejak beberapa tahun ini.
Tite mempertahankan Neymar dengan menyatakan, susunan penalti itu ditentukan pengurus.
Menurut Tite: “Kami mempertimbangkan tekanan pada penalti kelima yang merupakan penalti penentuan. Neymar paling bagus dalam penalti dan mengendalikan tekanan itu.”
Tite🗣:
“Neymar was the fifth shooter. The fifth penalty is the most decisive, the most difficult to take. Whoever takes it has the most pressure. That's why Neymar was on it.” pic.twitter.com/cXpEp6EWSi
— Players Sayings (@PlayersSayings) December 10, 2022
Ternyata pandangan Tite turut membuatkan pengurus Croatia terkejut. Dia menyatakan dia akan meletakkan Neymar sebagai pengambil yang pertama jika dia di tempat Tite.
Neymar berkata sejurus selepas Brazil tersingkir bahawa dia mungkin bermain perlawanan terakhirnya untuk negaranya – tetapi Pele memberikannya semangat untuk “terus memberi inspirasi kepada negara mereka Brazil”.
“Anda tahu, seperti yang saya tahu, tiada angka yang lebih besar daripada kegembiraan mewakili negara kita,” tulis Pele.
“Saya berumur 82 tahun, dan selepas sekian lama, saya harap saya telah memberi inspirasi kepada anda dalam beberapa cara untuk pergi sejauh ini…. Legasi anda masih jauh dari berakhir.”
“Teruskan memberikan inspirasi kepada kami. Saya akan terus menumbuk ke udara dengan gembira dengan setiap gol yang anda jaringkan, seperti yang saya lakukan dalam setiap perlawanan yang saya lihat anda di atas padang.”
Pele, yang dimasukkan ke hospital awal bulan ini semasa rawatan untuk kanser , mengucapkan tahniah kepada Neymar kerana menyamai rekod jaringannya.
“Saya belajar bahawa semakin banyak masa berlalu, semakin banyak legasi kita berkembang,” tulis Pele.
Ahh, Pele’s message to Neymar is genuinely heartwarming man. pic.twitter.com/uAVLM4QW1t
— Umir (@umirf1) December 9, 2022
“Rekod saya dicatatkan hampir 50 tahun lalu, dan tiada siapa yang dapat mendekatinya sehingga kini. Anda berjaya, anakku. Itu menambah kehebatan dalam pencapaian anda.”