Penjaga gol baharu Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi memburu tempat kesebelasan utama bersama pasukan musim depan selepas hanya beraksi tiga perlawanan sahaja untuk musim 2021.
Syihan mengakui bergelut untuk merebut posisi penjaga gol utama bersama PJ City FC pada musim ini apabila perlu bersaing dengan Kalamullah Al-Hafiz menyaksikan peluangnya untuk beraksi adalah tipis.
Namun, penghijrahannya ke pasukan yang menjuarai Liga Premier 2021 ini diharap mampu membuka lebih banyak peluang untuk bekas pemain Skuad Bawah 23 Tahun Negara ini mendapatkan lebih banyak minit permainan.
Apatah lagi selepas ketiadaan Damien Lim yang berhijrah ke Sabah FC pada musim ini, Syihan dijangka akan bersaing sengit dengan Muhaimin Mohamad dan Kaharuddin Abdul Rahman.
“Memang itu harapan utama saya untuk dapat balik peluang bermain dalam kesebelasan utama sebab musim ini agak bergelut apabila bersaing dengan Kalamullah.
“Tapi saya datang ke Negeri Sembilan bukan bermakna saya sudah selesa sebab perlu bersaing sengit dengan pemain lain juga, jadi kena bekerja keras.
“Apa-apa pun, saya gembira sepanjang bersama PJ City untuk musim ini dan tidak sabar untuk mulakan misi baru bersama Negeri Sembilan,” jelasnya kepada MFL.
Penjaga gol baharu @nsfc1923, Ahmad Syihan Hazmi memburu tempat kesebelasan utama bersama pasukan musim depan selepas hanya beraksi tiga perlawanan sahaja untuk musim 2021.
Baca lanjut ⤵#LigaMalaysia2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 22, 2021
Syihan sebelum ini hanya sempat beraksi satu perlawanan sahaja bersama Negeri Sembilan pada musim 2018 sebelum digantung selepas disahkan positif dalam ujian doping.
Justeru, dia teruja untuk kembali mencipta nama bersama pasukan ini apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain baharu lain yang dijangka akan memberi impak berbeza.
“2018 begitu mencabar untuk saya dan sebab itu peluang yang diberi untuk kembali bersama Negeri Sembilan tidak akan disia-siakan.
“Pemain-pemain senior lain dan pemain baharu yang datang memberi semangat juga kepada saya untuk belajar sesuatu daripada mereka bagi mendapatkan balik momentum saya”, katanya.
Negeri Sembilan FC berjaya menjuarai saingan Liga Premier 2021 sekali gus meraih slot ke Liga Super 2022.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah.
Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta
Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan