Next Media, sebuah syarikat penyiaran di Vietnam hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memiliki hak penyiaran eksklusif kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.

Pakej lesen ha penyiaran itu yang dijual oleh Lagardere Sports itu termasuk siaran melalui platform kabel TV, IPTV, radio, satelit secara percuma atau berbayar untuk 4 buah negara di ASEAN iaitu Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Sebelum ini Next Media selalunya bekerjasama dengan sebuah lagi stesen penyiaran VTC, dan ada kemungkinan siaran untuk kejohanan 2020 ini akan turut disiarkan secara langsung melalui saluran VTC 1 dan VTC 3.

Menurut portal media sukan TheThao247, Next Media dikatakan telah membayar sekitar USD5 juta atau RM21.73 juta bagi memiliki hak eksklusif siaran kejohanan itu untuk semua 4 negara tersebut.

1_QQDjI378JTnx4WJ8ew40NA

Biarpun berdepan dengan risiko kurang mendapat sambutan terutamanya dari Vietnam disebabkan penyertaan pasukan Thailand yang masih tiada kepastian, Next Media dilihat tidak mahu terlepas untuk memiliki hak penyiaran tersebut yang sememangnya menjadi kegilaan penyokong Vietnam.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh mereka pada edisi 2018 yang lalu dan melihat Malaysia sebagai pasukan yang bakal memberikan cabaran hebat untuk mereka dalam edisi 2020 ini.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi