Pemain sayap muda Selangor, Syahir Bashah berazam untuk membawa pasukan itu ke pentas Asia selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2022 menentang Harini FT semalam.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Syahir menjaringkan satu gol dalam kemenangan 6-0 pasukan Selangor ke atas pasukan Liga M3 itu.
"Saya datang ke Selangor FC untuk memenangi Piala dan bantu pasukan ke pentas Asia", Syahir Bashah, pemain tengah Selangor FC. pic.twitter.com/d7SJMsk5e8
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 12, 2022
“Saya datang ke Selangor untuk memenangi Piala dan membantu pasukan ke pentas Asia,” katanya ketika sidang media selepas perlawanan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.
Selain Syahir, tiga lagi pemain turut menjaringkan gol dimana Caion mencipta hatrik dan dua lagi gol dijaringkan oleh Hyuri dan Safuwan Baharudin.
📹 HIGHLIGHTS: @SelangorFC 6-0 @HariniFT
Caion mencatat hatrik manakala Hyuri, Safuwan Baharudin dan Syahir Bashah turut mencatat nama sebagai penjaring.#PialaFA2022 pic.twitter.com/B2WCvrOEtx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 11, 2022
Musim lalu, Syahir Bashah beraksi bersama Perak dan meskipun pasukan itu tersingkir ke saingan Liga Premier musim ini, pemain berusia 20 tahun itu merupakan antara pemain yang menampilkan prestasi terbaik.
Ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner nyata tertarik dengan prestasi yang ditampilkan oleh Syahir dan beliau membawa masuk pemain itu bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan musim 2022.
Sekiranya berjaya mengekalkan prestasi, tidak mustahil Syahir mampu untuk menjadi pencabar bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Pada aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City minggu lalu, Michael menurunkan Danial Asri, Caion dan Hyuri di bahagian serangan dan Syahir dimasukkan pada separuh masa kedua.
Syahir dilihat mampu untuk mencabar Hyuri dan Danial selain pemain senior lain seperti Nor Hakim Hassan dan Nik Shariff untuk mengisi kesebelasan utama.
Pada perlawanan seterusnya, Selangor akan turun menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di tempat lawan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Khalid Samad Letak Jawatan, Zahid Hamidi Bakal Naik Selaku Presiden Baharu KLFA?
Shahril Sa’ari Nasihat Pemain Perak Agar Segera Cari Pasukan Baharu
TMJ Tak Cakap Kosong, Terus Luluskan Cek Untuk Tukar Padang Di Stadium Nasional Bukit Jalil