Penyerang muda berusia 16 tahun, Suphanat Mueanta mendapat panggilan untuk menyertai pasukan senior Thailand bagi menghadapi kejohanan Kings Cup 2019 yang akan berlangsung minggu ini.
Ketua jurulatih Thailand, Sirisak Yodyardthai menyenaraikan Mueanta di samping penyerang berpengalaman seperti Teerasil Dangda dan Adisak Kraisorn.
Mueanta sebelum ini mencipta kejutan apabila beliau menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika Buriram tewas kepada Beijing Guoan dengan keputusan 3-1 pasa April lalu.
Selain Suphanat Mueanta yang pertama kali menyertai pasukan senior skuad “Gajah Perang”, pemain pertahanan Ratchaburi, Pawee Tantatemee dan pemain tengah Port FC, Siwakorn Jakkuprasart turut menerima panggilan pertama.
OFFICIAL: Thailand's 23-man squad for King's Cup 2019 has been announced. (Source: @Changsuek_TH ) pic.twitter.com/eL4r575y2E
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) June 2, 2019
Kejohanan King’s Cup 2019 disertai oleh empat negara dimana Thailand bertindak sebagai tuan rumah. Tiga lagi pasukan ialah seteru Asia Tenggara, Vietnam, India dan Curaçao.