Bintang muda skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta dikhabarkan semakin hampir untuk beraksi di saingan Liga Belgium dengan menyertai OH Leuven.

Baca Juga:

Menurut laporan Main Stand International, Suphanat menerima tawawaran kontrak dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City dan beliau bakal terbang ke Belgium untuk mendapatkan permit kerja sekaligus beraksi bersama OH terlebih dahulu yang dimiliki oleh pemilik sama iaitu King Power.

Salah seorang sumber memberitahu yang mana pengerusi Buriram, Newin Chidchob membenarkan skuad kebangsaan untuk memanggil mana-mana pemainnya bagi beraksi dalam temasya Sukan SEA 2023 kecuali Suphanat dimana pemain itu sedang mempersiapkan diri untuk menandatangani kontrak bersama Leicester.

“Buriram United tidak berdepan masalah untuk melepaskan semua pemain mereka untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA 2023 akan datang yang bakal berlangsung Kemboja kecuali Suphanat,” kata sumber tersebut.

Sekiranya Suphanat Mueanta berjaya mendapatkan permit kerja di OH Leuven, maka beliau dapat beraksi dalam saingan liga di Eropah sebelum memenuhi syarat lain sekiranya mahu beraksi dalam saingan EPL.

Sebelum ini, penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan pernah beraksi bersama OH Leuven selama empat musim dimana beliau membuat 20 penampilan bersama kelab tersebut.

Saingan Jupiler Pro League terus menjadi destinasi bagi pemain muda meningkat naik dari rantau Asia Tenggara dimana terdapat beberapa pemain muda Asean yang beraksi di liga itu ketika ini.

Luqman Hakim terlebih dahulu membuka langkah dimana beliau beraksi bersama KV Kortrijk namun kini berkelana ke Liga Iceland bersama Njardvík. Anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ilhan Fandi kemudiannya menyusul dimana pemain itu menyertai K.M.S.K. Deinze yang mana turut menandatangani pemain muda Indonesia, Marselino Ferdinan.