Aksi suku akhir Piala FA kali ini menyaksikan kemaraan 7 pasukan dari Liga Perdana Inggeris.
Hanya ada satu pasukan daripada Liga Kejuaraan iaitu Bournemouth.
3 pertemuan melibatkan pertarungan sesama kelab Liga Perdana Inggeris. Dengan satu pertemuan melibatkan dua pasukan di 4 teratas.
Chelsea mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan suku akhir Piala FA Inggeris selepas berhempas pulas menewaskan Barnsley semalam.
Kemenangan itu bermakna Chelsea akan berhadapan dengan Sheffield United pada pusingan seterusnya.
Jaringan tunggal Tammy Abaraham memastikan Chelsea melengkapkan slot terakhir untuk berentap di aksi suku akhir Piala FA.
Everton akan bertemu dengan Manchester City. Skuad bimbingan Carlo Ancelotti berjaya melepasi ujian paling getir mereka setakat ini dalam Piala FA.
Di mana mereka menang dalam aksi ‘thriller’ 9 gol berdepan dengan Spurs. Everton menang 5-4 dalam aksi yang berlarutan sehingga 120 minit.
Manchester City dianggap pasukan pilihan berdasarkan rekod mereka dalam pertandingan domestik dalam beberapa musim ini.
Sementara itu, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United harus berkunjung ke Stadium King Power untuk berdepan dengan Leicester.
Harry Maguire akan mengetuai pasukannya untuk berhadapan dengan pasukan lamanya yang kini berada dalam kelompok 4 teratas.
Harry Maguire sendiri sudah menyeru rakan rakannya untuk saling menuntut komitmen dari satu sama lain untuk mulai memenangi piala untuk kelab seperti Manchester United.
Bournemouth pula akan berhadapan dengan Southampton.
The 2020-21 #EmiratesFACup quarter-finals are set. pic.twitter.com/2b1uP0mNMS
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) February 11, 2021
Pasukan manakah yang akan memenangi Piala FA kali ini?
Baca juga perkembangan lain
RESMI: Natanael Seringo Ringo Gabung Klub Malaysia, Kelantan FC