Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) terlepas peluang untuk mengesahkan status sebagai juara kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2021 apabila terikat 2-2 dengan Kemboja petang tadi.
Keputusan itu turut memberikan laluan yang sukar buat skuad negara apabila bakal bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir jika Thailand berjaya menewaskan Laos malam ini untuk muncul juara kumpulan.
Dalam perlawanan tersebut, anak buah Brad Maloney gagal menjaringkan sebarang gol di separuh masa pertama dan jentera tengah tidak berfungsi dengan baik tanpa kelibat tonggak utama seperti Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran.
1 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Kemboja mencipta kejutan apabila berjaya menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti oleh Choun Chanchav. Penalti itu diberikan selepas pengadil mendapati bola terkena tangan pemain pertahanan Malaysia, Quentin Cheng.
Enam minit selepas bersambung babak kedua, giliran Malaysia pula dihadiahkan sepakan penalti selepas Taing Bunchhai menjatuhkan Syafik Ismail dan peluang itu tidak disempurnakan oleh Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk gol penyamaan.
Bagaimanapun, jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain Kemboja dan mereka terus mengandakan asakan untuk memberi masalah kepada benteng pertahanan Malaysia.
Usaha mereka membuahkan hasil apabila Ky Rina menjaringkan gol kedua untuk Kemboja melalui satu serangan balas pada minit ke-60.
Lambungan baik gol kedua daripada Kemboja #semarakjuara #sokongmalaysia #sukansea2021 #seagames2021 pic.twitter.com/OCOOGq3l9Z
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 16, 2022
Tersentak dengan jaringan itu, Brad Maloney membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Luqman Hakim bagi menggantikan tempat Azfar Fikri untuk membantu merencanakan jenteran serangan.
Percaturan itu membuahkan hasil apabila Luqman berjaya membuat umpanan kepada Hadi Fayyadh yang melakukan ‘turning’ lalu disudahkan dengan rembatan dalam kotak penalti untuk gol penyamaan pada minit ke 67.
"Hantaran baik hantaran pendek" Hadi Fayyadh terus menyumbangkan gol kedua buat Malaysia
Keputusan semasa MALAYSIA 2-2 KEMBOJA #semarakjuara #sokongmalaysia #sukansea2021 #seagames2021 pic.twitter.com/VwVl220ktb
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 16, 2022
Kemboja juga mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol ketiga di minit akhir perlawanan dan nyaris menewaskan skuad negara namun rembatan penyerang mereka tersasar. Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.
Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual
Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil