Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari bermula Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di seluruh negara.
Menurut beliau, PKP akan dilaksanakan pada enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan jumlah peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari.
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT : pic.twitter.com/1Rhan6LRhz
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) January 11, 2021
Muhyiddin turut mengumumkan segala aktiviti sosial seperti sukan berkumpulan (Bola Sepak) tidak dibenarkan berlangsung sepanjang PKP sekaligus dijangka menjejaskan persiapan pasukan Liga Malaysia dari 6 negeri tersebut.
Antara pasukan Liga Super yang berpusat di negeri PKP ialah JDT, Selangor, Melaka United, Penang FC, UiTM FC dan Sabah.
Mereka mungkin tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Malaysia atau terpaksa mengadakan kem latihan pusat di negeri lain.
Bagaimanapun ia bergantung pada Prosedur Operasi Standard (SOP) lebih terperinci mengenai PKP yang akan diumumkan pada hari esok oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketiadaan sesi latihan akan menjejaskan tahap kecergasan pemain apatah lagi musim baharu akan bermula tidak lama lagi.
Apapun, sama-sama kita doakan agar para pemain dan staf kejurulatihan semua pasukan Liga Malaysia dijauhi wabak pandemik itu dan saingan musim baharu dapat berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Stadium MBPJ Jadi Gelanggang Rasmi Selangor FC Selama 3 Tahun
Nasib JDT Dalam Saingan AFC Champions League Diketahui Pertengahan Bulan Ini