Sukan Asia (Asian Games) di Jepun (Japan) sekali lagi dilanda kekalutan penganjuran pada Isnin apabila bas rasmi yang membawa pasukan bola tampar lelaki Pakistan tersasar ke venue yang salah.
Perlawanan peringkat kumpulan antara Pakistan dan Uzbekistan terpaksa ditangguhkan selama 45 minit ekoran insiden berkenaan.
Bas yang membawa pemain Pakistan sepatutnya menuju ke sebuah arena di Okazaki, di tenggara bandar penganjur Sukan, Nagoya.
The Pakistan team were driven to the wrong venue before their match in the Asian Games 😳👇#AsianGames22026https://t.co/Df8UralIJW
— Times Now Sports (@timesnowsports) September 28, 2026
Namun, kenderaan tersebut tersilap membawa mereka ke sebuah lagi venue Sukan yang menganjurkan acara bola tampar, yang terletak kira-kira sejam pemanduan dari situ.
“Akibatnya, pasukan itu tiba lewat di venue pertandingan yang betul, dan kami dikehendaki menangguhkan perlawanan selama 45 minit,” kata komunike rasmi Sukan tersebut.
Pakistan memenangi perlawanan tersebut 3-0.
Ini pastinya menambah lagi aib buat pihak penganjur temasya sukan berkenaan yang kini sedang menanggung malu, selepas sebelum ini dihujani pelbagai aduan mengenai perkhidmatan penginapan dan pengangkutan.
Pasukan mendapati bahawa bas kadangkala tiba pada waktu yang tidak tepat, malah ada yang langsung tidak sampai.
Korea Selatan berang selepas bas yang sepatutnya membawa mereka ke sesi latihan ringan menjelang perlawanan akhir bola keranjang lelaki menentang tuan rumah, Jepun, gagal tiba.