Bekas pemain pertahanan import Sri Pahang, Zesh Rehman mengumumkan beliau mengambil keputusan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional setelah meniti karier selama 21 tahun.
Perkara ini diumumkan oleh Rehman menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana pemain ini bersara pada usia 38 tahun dan telah beraksi beberapa pasukan di Asia dan juga Eropah khususnya liga bola sepak England.
After 21 years as a pro it's time for the next chapter. I've had some amazing experiences on & off the pitch. Big thank you to my mentors, bosses, clubs, coaches, team mates & fans who made it a memorable journey. The dream must be always be greater than the memory 🇬🇧🇹ðŸ‡ðŸ‡ðŸ‡°ðŸ‡²ðŸ‡¾ 🇵🇰 pic.twitter.com/n7NuRrHfv6
— Zesh Rehman (@Zesh_Rehman) May 26, 2022
Rehman menyertai Sri Pahang pada Disember 2013 setelah beliau beraksi satu musim bersama kelab Hong Kong, Kitchee FC. Musim pertamanya bersama kelab dari Pantai Timur itu menyaksikan beliau membantu Pahang memenangi Piala FA dengan menewaskan Felda United di perlawanan akhir dan Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final sekaligus layak ke saingan Piala AFC pada musim berikutnya.
Antara faktor utama kecemerlangan Pahang pada musim 2014 ialah gandingan mantap antara Rehman dan seorang lagi pemain pertahanan import, Damion Stewart sambil dibantu oleh Razman Roslan.
Akan tetapi, pertahanan tinggi lampai itu kurang bernasib baik pada musim 2015 dimana Pahang gagal untuk mempertahankan gelaran Piala FA apabila tewas kepada Kelantan pada aksi separuh akhir. Perkara sama turut berulang dalam saingan Piala Malaysia dimana mereka tewas kepada pasukan juara, Selangor di peringkat sama.
Zesh Rehman kemudiannya mengumumkan bahawa beliau telah mencapai kata sepakat dengan pihak pengurusan pasukan untuk menamatkan kontraknya setelah dua setengah musim beraksi bersama pasukan itu.
Pemain yang mewakili Pakistan di peringkat antarabangsa itu menyatakan beliau mahu kembali ke Pahang sebagai jurulatih pada masa akan datang dan beliau turut menganggap skuad Tok Gajah antara pasukan terbaik yang pernah beliau wakili.
Selepas meninggalkan Pahang, Rehman kembali ke England dengan menyertai Gillingham dimana beliau hanya beraksi selama enam bulan. Rehman kemudiannya menyertai kelab Hong Kong, Southern dimana beliau memegang jawatan sebagai pemain sekaligus ketua jurulatih pada masa yang sama.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Masalah Dokumentasi Belum Selesai, Nooa Laine Tidak Dapat Beraksi Di Piala Asia B-23