Sabah meneruskan usaha mereka membawa masuk pemain berprofil tinggi untuk memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila dikaitkan dengan pemain kacukan Malaysia-England, Stuart Wilkin.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Stuart Wilkin menjadi salah satu pemain yang akan dilepaskan atau dipinjamkan ke pasukan lain musim hadapan.
Pemain kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin difahamkan menjadi salah seorang pemain Johor Darul Takzim yang akan dilepaskan atau dipinjamkan dengan Sabah FC jadi destinasi bekas pemain Akademi Southampton FC itu musim depan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 7, 2021
Sekiranya Wilkin berpisah dengan JDT, maka skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal menjadi destinasi seterusnya bagi graduan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton itu.
Wilkin mula beraksi bersama JDT pada musim ini dimana beliau menandatangani kontrak bersama juara bertahan Liga Super itu pada April lalu dimana penampilan pertama beliau hadir pada perlawanan menentang Skuad Projek FAM-MSN.
So happy to have finally signed with @OfficialJohor. An honour to have the opportunity to represent this incredible club. Thank you to all those at JDT alongside @JuniorEldstal & @Scotollerenshaw in helping to make this all possible. The hard work continues 💙❤️ pic.twitter.com/w87RCc4i8J
— Stuart Wilkin (@stuwilkin) April 8, 2021
Beraksi di posisi sayap, pemain berusia 22 tahun itu mencipta gandingan baik bersama dua lagi pemain iaitu Fernando Rodriguez dan Alif Mutalib di bahagian serangan JDT II yang beraksi dalam saingan Liga Premier sekaligus membantu pasukan tersebut menamatkan saingan di tangga keempat.
Sabah melakukan rombakan dari segi pemain bagi menghadapi musim 2022 dimana pasukan itu telah menandatangani beberapa nama besar selain mempunyai pengalaman luas dalam saingan bola sepak tanah air.
Antara nama besar yang telah menyertai kelab dari Borneo itu ialah bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Dominic Tan yang musim lalu beraksi di Thai League 1 bersama Police Tero dan juara Liga Premier musim lalu bersama Negeri Sembilan, Damien Lim.
Selain itu, Sabah turut mengekalkan khidmat beberapa pemain senior antaranya Nazirul Naim, Amri Yahyah yang bakal beraksi pada usia 41 tahun musim hadapan selain bekas penyerang skuad B-23 tahun negara, N.Thanabalan.
Penyerang muda negara yang sedang meningkat naik, Azhad Harraz Arman turut menyertai Sabah dengan kontrak selama empat tahun dan pemain itu dijangka dipinjamkan kembali ke skuad Projek FAM-MSN musim hadapan bagi mendapatkan minit bermain yang lebih banyak.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Nafi Ke Selangor, Nafuzi Zain Kekal Sebagai Pengendali Terengganu
Khairu Azrin Akui Sukar Tolak Tawaran Kedah, Tak Lupakan Jasa Penang