Nama bekas pengurus Rangers dan Aston Villa, Steven Gerrard antara nama yang mengejutkan berada dalam radar PSG untuk menggantikan Christophe Galtier jika pengurus itu dipecat.
PSG seperti diketahui umum, keutamaan mereka adalah UCL, kegagalan memenangi UCL akan menjadi bencana kepada pengurus yang menguruskan kelab tersebut.
Sebelum ini PSG kalah tipis 0-1 di tangan Bayern Munich dalam perlawanan pertama untuk peringkat 16 akhir UCL.
Dan Galtier sudah mendapat tekanan daripada pengurusan tertinggi kelab.
Jika Galtier dipecat, PSG sudah ada beberapa nama yang mereka senarai pendek untuk dipancing. Antaranya legenda Liverpool, Steven Gerrard.
Steven Gerrard could be a shock contender for the PSG job 😱
— GOAL News (@GoalNews) February 21, 2023
Gerrard tidak menikmati musim yang baik sebagai pengurus di Aston Villa. Namun berjaya membantu Rangers menamatkan kemarau kejuaraan Liga Scotland dan membantu kelab itu mara ke pertandingan Eropah.
Gerrard dipecat oleh Aston Villa pada Oktober tahun lalu dan digantikan oleh bekas pengurus PSG iaitu Unai Emery.
Gerrard kini masih tidak berjawatan dengan mana mana kelab dan menjadi pundit separuh masa.
Selain daripada Gerrard, nama bekas pengurus PSG sendiri iaitu Thomas Tuchel turut ada dalam radar PSG dan tersenarai dalam calon calon pengganti Galtier.
Namun beberapa tahun lalu, Tuchel pernah menyatakan dia letih mengendalikan bilik persalinan PSG yang sarat dengan pemain diva.
“Saya lebih selesa di Chelsea, kerana di PSG saya perlu menjadi lebih daripada sekadar pengurus. Saya perlu mengetahui hal ehwal keluarga pemain sekali pun,” kata Tuchel pada masa itu.
PSG sebenarnya sudah lama meminati Zinedine Zidane, namun pengurus itu masih tidak menunjukkan minatnya ke atas PSG. Zidane sebelum ini menunggu jawatan di pasukan kebangsaan Perancis.
Dengan Didier Deschamps yang dihadiahkan kontrak baharu, mungkin Zidane boleh berubah fikiran selepas ini?