Kebanyakan dari komuniti bola sepak di Malaysia sebenarnya tidak memberikan perhatian kepada perkara seperti ini kerana dilihat sebagai tiada keperluan.

Kenapa dikatakan seolah-olah tiada keperluan?

Perkara ini berkait rapat dengan hampir tiada pasukan yang betul-betul meneliti samada apakah mereka menjana pendapatan dan keuntungan dari pasukan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan hampir semua pasukan bola sepak di Malaysia meletakkan keutamaan perkara ini dikedudukan lebih rendah, sementelahan pula tiada stadium sendiri.

dodger_stadium_seats

Apa Kepentingan Stadium Utilisation Kepada Pasukan ?

1. Revenue Management / Pengurusan Perolehan

Berdasarkan data seperti ini, pihak pengurusan kelab atau pasukan akan mempunyai data dan angka yang lebih jelas mengenai bagaimana mereka mampu untuk merancang program serta aktiviti bagi menarik penonton ke stadium. Ini adalah aliran pendapatan yang utama selain daripada penaja-penaja utama pasukan.

Screenshot 2019-08-04 at 1.29.56 AM

Kegagalan untuk membaca ‘utilisation growth’ ini akan menyebabkan kerugian besar kepada pasukan.

Pihak pengurusan tidak boleh hanya sekadar melihat kepada jumlah penonton yang hadir dan merasa selesa, tetapi perlu melihat kepada ‘kemampuan’ stadium mereka yang sebenarnya untuk memaksimakan kapasiti.

2. ‘Space Management’ atau Pengurusan Ruang 

Apabila pihak kelab mempunyai kebolehan untuk membaca ‘utilisation‘ ini, mereka akan tahu setakat mana bilangan penyokong yang hadir bagi setiap musim.

Jika mereka mendapati penonton hanya hadir sekitar 70% dari keseluruhan kapasiti stadium, baki 30% ruang lagi boleh digunakan untuk perkara lain yang mampu membawa revenue kepada pasukan.

download

Sebagai contoh, 30% ruang yang tidak digunakan itu boleh diubahsuai menjadi ruangan khas penaja, menambah bilangan kapasiti pas bermusim, membina club suites dan lain-lain yang mampu menjana revenue baru kepada pasukan.

Perlu lebih kreatif!

Mereka juga mampu untuk membuat kawasan tempat duduk mengikut zon harga yang berbeza bagi memaksimakan revenue seperti contoh dibawah.

3. Maksimakan Peluang – Lebih Pendapatan Komersil

Dengan wujudnya data ini, pihak kelab atau pun stadium mampu merancang untuk mempelbagaikan lagi peluang dan ruang stadium.

Screenshot 2019-08-04 at 1.25.47 AM

Sebuah ‘efficiently structured stadium’ akan membantu untuk menampung banyak peluang yang muncul dan akan menarik minat para penaja dan rakan kongsi untuk bekerjasama bagi kebaikan kedua belah pihak dengan menggunakan bola sepak sebagai medium.

4. ‘Competitive Advantage From Better Data And Industry Insights‘ 

Data ini cukup penting jika sesebuah pasukan itu berminat untuk mengetahui bagaimana pendapatan mereka boleh ditingkatkan melalui ‘insights stadium utilisation‘.

Selain itu, jika semua pasukan dalam Liga Super mempunyai data ini, kita mampu menilai bagaimana ‘value’ liga kita sebenarnya selain menjadi rujukan kepada orang luar yang mungkin berminat untuk bekerjasama.

Screenshot 2019-08-04 at 1.22.54 AM

Dalam keadaan sekarang, jika seseorang yang berpotensi untuk menawarkan diri sebagai partners atau penaja liga, mungkin mereka akan ‘request’ data seperti ini untuk menilai, berapakah nilai yang sepatutnya mereka laburkan dan bukan hanya sekadar membuat penilaian berdasarkan mata kasar sahaja.

5. Maklumat Penting Untuk Meyakinkan Shareholder 

Kami bertanyakan perkara ini kepada Ahmad Yani untuk perspektif lebih jelas.

Pertama kita kena lihat perbelanjaan : ‘Fixed costs’ akan kekal sama tidak kiralah berapa pencapaian output. Ini bermakna ‘fixed costs‘ akan tetap sama samada kapasiti stadium dipenuhi adalah 50% atau 100%.

Perbelanjaan sesebuah kelab bolasepak adalah besar, gaji pemain yang tinggi ( large fixed costs). Apa kesan kapasiti terhadap ‘fixed cost‘?

EBCBBojU0AAVV19

Kalau fixed cost RM200,000 seminggu stadium kapasiti 20ribu dan tiket dijual dengan RM10 maka bolehlah ia menampung fixed cost.

Kalau stadium separuh penuh selalu maka tiket perlu dinaikkan kepada RM20 untuk menanggung kos. Di Malaysia terus-terang agak huru hara bab ni.

Gambaran ini sudah cukup rasanya untuk highlight bahawa Stadium Capacity Utilisation amat amat penting untuk sesebuah pasukan.

Bukan sekadar sekiranya stadium penuh membantu dana kelab , ia juga naikkan nilai ruang pengiklanan di kawasan stadium dah naikkan ‘brand equity’ pasukan itu sendiri dimana akan lebih mudah bagi sales team untuk menarik penaja dan sebagainya.

Kesimpulannya, ‘capacity utilisation‘ adalah sangat penting bukan sahaja kerana ‘extra money it generates to fund the team‘, tapi juga kerana ia membuatkan ‘the spectacle more attractive‘.

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Kami hanya mahu melihat 2 perkara ini dibuat bagi sebelum meneruskan kepada perkara lain.

Ini penting kerana ia mampu membantu pasukan untuk ‘monitor’ perkara seperti ‘space management’ dan ‘crowd behaviour’.

1. Stadium Yang Mempunyai Kerusi

Pengurusan pasukan boleh melihat dengan jelas ‘heat map’ yang paling laku keras seterusnya membuat keputusan penting untuk memaksimakan perolehan.

seat-no

Strategi ‘Tier pricing‘ mungkin akan menjadi lebih mudah untuk diaplikasikan sekiranya mempunyai fasilit seperti ini kerana lebih senang untuk membahagikan tempat duduk mengikut blok harga.

2. Penjualan Tiket Yang Efisien

Penjualan tiket mengikut zon yang ditetapkan membolehkan pengurusan lebih jelas mengenai space management.

Walaupun perkara ini masih belum mendapat perhatian majoriti pengurusan kelab atau pasukan, namun ia cukup kritikal jika kita memang berhasrat untuk melihat liga kita lebih maju dimasa hadapan dan bukan sekadar menjadi satu platform meraih ‘simpati’ dari penyokong untuk political mileage semata-mata.

51414675709_950x600

StubApp sebagai salah sebuah aplikasi penjualan tiket online yang sudah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan besar dalam Liga Super banyak membantu penjualan tiket disamping memberikan kemudahan kepada penyokong.

Kerjasama antara pasukan bersama StubApp juga mampu untuk melihat ‘hidden data’ yang mampu menjadi maklumat berguna sekiranya sesebuah kelab itu serius untuk menjana pendapatan bagi kelab mereka.

Semoga perkara-perkara seperti ini akan menjadi salah satu agenda utama pasukan-pasukan dalam liga Malaysia untuk musim akan datang terutamanya kerana mungkin dapat membantu memaksimakan lagi peluang dan ruang bagi menjana pendapatan kelab.