Harry Maguire seperti dijangka, mendapat panggilan skuad pasukan kebangsaan England walaupun agak bergelut dengan prestasi ketika bersama Manchester United.
Namun Gareth Southgate menyatakan bahawa dia tak pernah terfikir atau terdetik langsung untuk menyisihkan Harry Maguire daripada pasukan kebangsaan England jika pemain itu tersedia untuk panggilan – kecuali cedera atau digantung.
Southgate menyatakan bahawa dia ada alasan tersendiri untuk memanggil bek tengah berusia 29 tahun itu.
Walaupun kapten Manchester United itu dipanggil, namun tiada nama Jadon Sancho adan Marcus Rashford dalam senarai kali ini.
Pemain pertahanan termahal di dunia itu termasuk dalam sembilan pemain pertahanan yang dipanggil oleh pasukan kebangsaan England.
Maguire banyak dikritik pada musim ini. Termasuk prestasinya menentang City dalam derbi Manchester beberapa minggu lalu. Di mana Man United kalah 4-1 dalam perlawanan tersebut. Maguire turut menjaringkan gol sendiri dalam aksi menentang Tottenham Hotspur.
Terbaharu, Maguire menimbulkan kemarahan David De Gea kerana menggelecek terlalu lama di dalam kawasan gol sendiri ketika Man United beraksi menentang Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah.
The Red Devils tewas 0-1 dan tersingkir daripada persaingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.
Menurut Southgate dia tidak mahu memikirkan kritikan daripada pihak lain ke atas Maguire. Kerana menurutnya dia masih percaya Maguire merupakan salah seorang pemain bek tengah terbaik di England ketika ini dan salah seorang pemain yang paling berpengalaman untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
“Saya tidak pernah terfikir untuk mengugurkan nama Maguire. Dia telah menjadi bahagian penting dalam kesebelasan utama yang membawa kami ke separuh akhir Piala Dunia dan final Piala Eropah.” kata Southgate menerusi laman web rasmi pasukan kebangsaan England.
Here it is… your #ThreeLions squad for March! 🦁
— England (@England) March 17, 2022
“Saya tahu kelabnya sedang melalui tempoh yang sukar tetapi anda perlu melihat siapa pemain terbaik kami dan bahagian teras pasukan, dia berada dalam kumpulan itu.”
“Dia adalah salah seorang bek tengah terbaik kami dan prestasi tidak menentunya di pasukan tersebut [Manchester United] sekejap adalah sementara.”
"You’ve got to look at who are our best players, and he’s in that group."
Gareth Southgate has defended calling up the out-of-form Harry Maguire, while leaving Marcus Rashford and Jadon Sancho out of his England squad.
✍️ @Dan_KPhttps://t.co/QLkgHcqfyu
— Standard Sport (@standardsport) March 17, 2022
“Terdapat laluan yang lebih sukar dalam memilih pasukan, tetapi Harry mempunyai lebih 40 kaps, pemain yang konsisten untuk kami. Semoga dia dapat meneruskan prestasi yang dia miliki bersama kami sejak sekian lama,” kata Gareth Southgate lagi.
Harry Maguire mempunyai 41 kaps bersama dengan pasukan kebangsaan England. Dia menjaringkan 6 gol di peringkat antarabangsa.