Pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer telah menyindir pengkritik Cristiano Ronaldo yang sebelum ini menganggap pemain itu satu beban dan juga malas di atas padang.
Salah seorang daripadanya, pastinya legenda Man United sendiri, Gary Neville yang sebelum ini mempersoalkan peranan Ronaldo di dalam pasukan selepas prestasi tidak menentu Man United dalam 7 perlawanan terakhir.
Di mana Man United kalah 4 kali, menang 2 kali dan seri sekali.
Seterusmya, Ronaldo dikritik kerana tidak intensif ketika melakukan pressing dalam kekalahan 4-2 Man United di tangan Leicester minggu lalu.
Ronaldo menebus kegagalannya dalam aksi berdepan Leicester dengan menjaringkan gol kemenangan pada 9 minit terakhir perlawanan ketika berdepan Atalanta.
Sekaligus melengkapkan kebangkitan 3 gol selepas ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama.
Ronaldo kini sudah menjaringkan enam gol sejak kepulangannya ke Old Trafford.
Solskjaer yakin bahawa Ronaldo sudah menutup mulut pengkritik dengan prestasinya berdepan Atalanta.
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Solskjaer berkata: “Cristiano [Ronaldo] sangat hebat di hadapan gol.”
“Jika ada pihak yang mahu mengkritiknya kerana usaha dan kadar kerja beliau di atas padang, sila tengok balik perlawanan ini. Lihatlah sendiri bagaimana beliau berlari di seluruh padang.”
“Saya sangat senang melihat caranya memimpin barisan serangan kami. Kami telah meminta dia agar banyak berlari melepasi ruang kecil, lebih intensif dalam pressing kerana kami beraksi di halaman sendiri.”
“Ronaldo telah melakukan semua perkara yang dilakukan oleh penyerang tengah. Memimpin barisan serangan, membantu ketika bertahan. Dan sudah tentunya, menjaringkan gol adalah kepakarannya berbanding yang lain.”
Seterusnya Arsene Wenger turut menyatakan bahawa gol tandukan Ronaldo itu tidak akan pernah menjadi satu kebetulan. Kerana pemain itu sudah banyak kali melakukannya dalam kariernya, terutama sekali dalam saat genting, ketika pasukannya memerlukan gol.
Baca juga artikel
Steve Bruce Tinggalkan Newcastle United Dengan Persetujuan Bersama
Simeone: “Kad Merah Griezmann Tu Betul, Saya Marah Sebab Kalah”