Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah mengkritik kelab itu kerana tidak mendengar nasihatnya untuk menandatangani Erling Haaland pada 2018.
Solskjaer menguruskan Haaland semasa mereka bersama di Molde sebelum penyerang itu menyertai FC Salzburg, Borussia Dortmund dan kini Manchester City.
Haaland telah menikmati kempen debut sensasi bersama di Stadium Etihad dan telah menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan setakat ini.
Pemain berusia 22 tahun itu memecahkan rekod gol tertinggi dalam musim tunggal Liga Perdana Inggeris dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) pada hari Jumaat, memenangi hadiah itu dengan margin besar.
Haaland malah mulai dibandingkan dengan pemain pemain handalan lain sebagai salah seorang pemain yang boleh mencabar Ballon d’Or.
Haaland kini dalam usaha untuk membantu City menamatkan musim ini dengan kejuaraan treble. Mereka kekal bersaing dalam UCL, berada di final Piala FA dan sedang dalam kelebihan dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Bercakap pada acara “An Evening with Ole Gunnar Solskjaer”, yang dilaporkan oleh The Athletic, pengurus asal Norway itu berkata United terlepas peluang untuk menandatangani Haaland dengan harga £4 juta.
Dia hairan, kenapa Jose Mourinho dan Ed Woodward pada masa itu tidak mempedulikan langsung cadangannya.
Ole berkata: “Saya berhubung dengan United kerana kami mempunyai penyerang berbakat ini yang sepatutnya mereka miliki.”
“Tetapi mereka tidak mendengar, malangnya. Empat juta, itu sahaja saya minta.”
“Tetapi mereka tidak pernah berminat menandatanganinya. Empat juta! Jangan tanya [di mana dia sekarang]. Dia terlalu bagus…”
Solskjaer turut menegur keluarga Glazer mengenai cara kelab itu telah disalahuruskan semasa pemilikannya dan menggesanya untuk mempercepatkan potensi pengambilalihan kelab itu.
“Ia perlu dilakukan,” tambah Solskjaer.
“Old Trafford diabaikan. Padang latihan telah diabaikan. Kita perlu mengejar pasukan lain.”
Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani, pengerusi Qatar Islamic Bank (QIB), bersaing dengan Jim Ratcliffe, orang terkaya Britain, untuk membeli United daripada Glazers.