Pihak J.League melalui kemaskini laman web mereka, secara rasmi baru sahaja mengumumkan penyiar rasmi saingan J1 League hari ini.

Pengumuman ini pastinya mendapat perhatian yang lebih terutama kepada peminat bola sepak di Thailand kerana mempunyai sekurang-kurangnya 4 pemain pasukan kebangsaan mereka beraksi dalam saingan J1 League musim 2020 ini.

Berdasarkan pengumuman itu, SiamSport berjaya memiliki hak untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan J1 League untuk tempoh 3 tahun akan datang sehingga tamat musim 2022.

Dalam tempoh tersebut, SiamSport akan menayangkan 4 perlawanan terpilih yang pastinya melibatkan pemain-pemain Thailand, melalui 3 platform utama yang dinyatakan seperti TV, Facebook LIVE dan juga saluran Youtube.

Berdasarkan prestasi pemain Thailand dalam saingan J1 League, terutamanya Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan dijangka ramai peminat bola sepak Thailand yang teruja untuk menyaksikan aksi anak tempatan mereka dalam salah sebuah liga bola sepak terbaik di Asia.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thai League 1 Merekodkan ‘Revenue’ Semasa Perlawanan Pertama Liga Musim 2020 Berjumlah RM731,750

JLeague Berkolaborasi Hasilkan Model Gundam Bagi Setiap Kelab J1 League Musim 2020

JFA Rancang Buka Pejabat Di Eropah Untuk Memberikan Kemudahan Kepada Lebih 50 Pemain Jepun

Sumber