Bekas pemain skuad kebangsaan, Shukor Adan dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai staf kejurulatihan skuad B-23 Tahun negara.
Baca Juga:
- Akmal Rizal Tepis Khabar Angin Beliau Bakal Gantikan E.Elavarasan
- 4 Jurulatih Yang Berpotensi Ganti E.Elavarasan Kendalikan Skuad B-23 Tahun Negara
- FAM Akan Umum Pengganti E.Elavarasan Dalam Masa Terdekat
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena menerusi laman media sosial X dimana menurut beliau, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah membuat keputusan dan bakal mengumuman dalam masa terdekat.
SA12. 🔜🇲🇾
Tak dapat Nidzam Jamil, Shukor Adan ada. Difahamkan FAM dah buat keputusan, official announcement soon.✍️⏳ https://t.co/i9O4BXKx7X
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 10, 2023
Shukor Adan ketika ini menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Kuala Lumpur City yang bersaing dalam saingan Liga Super dan sebelum ini beliau bukanlah calon utama untuk menjadi pembantu jurulatih skuad B-23 Tahun negara.
Pembantu jurulatih Selangor, Nidzam Jamil menjadi calon pertama yang dikaitkan dengan jawatan tersebut dengan FAM bersedia untuk meminjam khidmatnya dari skuad Gergasi Merah.
Kemudiannya nama seperti pengendali Terengganu II, Hairuddin Omar, ketua jurulatih skuad Piala MFL Penang iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.
Sekiranya khabar angin ini benar, maka Shukor dijangka menjadi pembantu kepada Juan Torres Garrido yang dinaikkam pangkat sebagai ketua jurulatih skuad B-23 negara.
Garrido akan menggantikan E. Elavarasan yang meletakkan jawatan selepas tamat kempen kelayakan Piala Asia B-23 di Thailand dimana Malaysia hanya mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan.
Dengan keputusan itu, Elavarasan kembali ke posisinya iaitu sebagai pembantu kepada Kim Pan-gon di skuad senior Harimau Malaya.