Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menganggap elemen bersatu hati menjadi kunci kepada dua kemenangan skuad kendaliannya ke atas pasukan di ranking ke-84 dunia, Curacao.
Baca Juga:
- Disiplin Diterapkan Shin Tae-yong Beri Aura Positif Buat Pemain Muda Indonesia
- Indonesia Kutip 14.71 Mata Selepas Kalahkan Curacao 2 Kali
- Daftar 23 Pemain Timnas Indonesia Untuk Lawan Curacao, Tak Ada Jordi Amat Dan Sandy Walsh
Indonesia menang dengan keputusan 3-2 pada aksi pertama yang berlangsung di Stadion Gelora Bandung Lautan Api. Manakala pada malam tadi bertempat di Stadion Pakansari, mereka sekali lagi cemerlang untuk menundukkan wakil dari Amerika Selatan itu 2-1.
Daripada lima jaringan yang dihasilkan oleh Indonesia, Dimas Drajad berjaya mencetak dua gol manakala Marc Klok, Fachrudin Wahyudi Aryanto dan Dendy Sulistyawan masing-masing denga satu gol.
Sehubungan dengan kemenangan penting dilakarkan itu, ia pastinya dapat meningkatkan lagi ranking Indonesia ke kedudukan lebih baik dimana ketika ini skuad Garuda berada di tangga ke-155.
“Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih pada para pemain kerana telah bekerja dengan begitu keras dan saya sangat berbangga [dengan kemenangan diraih].”
“Memang ada ketua pasukan di sebelah saya, Rian [merujuk kepada Rachmat Irianto]. Rian sebagai ketua pasukan sementara telah menjalankan tugasan dengan sangat baik.”
“Pasukan kebangsaan pada hari ini telah bermain dengan satu hati. Itulah sebabnya mereka berjaya untuk mencatatkan kemenangan ini,” ujar Shin Tae-yong menurut sumber Goal Indonesia.
Pelantikan Shin Tae-yong selaku pengendali skuad kebangsaan Indonesia bermula 28 Disember 2019 dilihat satu keputusan tepat diambil Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) jika dilihat kepada perkembangan terkini pasukan tersebut.