Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong sudah mula beri isyarat bakal meninggalkan skuad Garuda untuk menyertai pasukan lain tahun depan.
Baca Juga:
- Shin Tae Yong Salahkan Padang Punca Indonesia Gagal Ke Final Piala AFF 2022
- Shin Tae-yong Mahu Pemain Indonesia Tidak Puasa
- Exco PSSI Minta Shin Tae-yong ‘Out’ Usai Gagal Juara Di Piala AFF 2022
Menerusi temu bual bersama media Korea Selatan, beliau menegaskan Piala Asia 2023 yang berlangsung pada januari tahun depan akan menjadi tugasan terakhirnya bersama Indonesia.
Bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan itu dilantik sebagai pengendali Indonesia pada Disember 2019 dan kontraknya bakal tamat pada penghujung tahun ini.
“Saya sudah berbincang dengan Erik Tohir (Presiden PSSI), saya harus menyelesaikan baki tugasan yang ada. Saya akan bekerja hingga Piala Asia 2024. Saya tak pasti akan disambung kontrak.
“Erik Tohir adalah orang yang memiliki ‘passion’ dalam bola sepak dan dia juga banyak merujuk kepada saya walaupun kami tak boleh anjurkan Piala Dunia B-20,” jelasnya.
Sejak dibawah kendalian Shin Tae Yong, skuad Indonesia menunjukkan peningkatan dari segi kedudukan ranking FIFA dan berjaya ke final Piala AFF tahun 2020.
Tidak hanya itu, skuad Indonesia B-23 turut menunjukkan kemajuan luar biasa selepas dilatih oleh Shin Tae Yong apabila meraih pingat gangsa sukan SEA 2021.
Beliau juga memuji peningkatan bola sepak Vietnam dan Malaysia yang turut dilatih oleh pengendali dari Korea Selatan iaitu Park Hang Seo dan Kim Pan Gon.
“Pertama, saya ingin menegaskan jurulatih dari Korea Selatan sentiasa bekerja keras di luar negara. Park Hang Seo sangat berjaya di Vietnam serta Kim Pan Gon juga di Malaysia.
“Saya rasa mereka benar-benar bekerja keras untuk memenuhi tanggungjawab sebagai jurulatih. Di satu sisi, saya fikir mereka mewakili Korea,” tambah Shin Tae Yong.
Antara pencapaian terbaikĀ Shin Tae-yong sebagai jurulatih ialah membawa Seongnam muncul sebagai juara AFC Champions League pada tahun 2010 dan membantu Korea Selatan menjuarai kejohanan EAFF pada tahun 2017.