Kelab Bola Sepak Perak (Perak TBG) hari ini mengumumkan pemain import baharu dari Singapura, Shakir Hamzah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan dengan kontrak selama 2 musim.
Meskipun menampilkan prestasi cemerlang ketika bersama pasukan Kedah sehingga layak ke AFC Cup 2021, namun pengurusan KFA memutuskan untuk tidak menyambung kontrak pemain yang berusia 28 tahun ini.
Sepanjang beraksi bersama Kedah, Shakir turut membantu skuad Lang Merah memenangi Piala FA pada musim 2019 dan meraih gelaran naib juara Liga Super 2020.
IT’S OFFICIAL!
We are proud to announce Shakir Hamzah as our newest addition to Perak FC 2021. Welcome to the family, Yob! #KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr pic.twitter.com/KML07vuHyR
— Perak FC (@peraktbgmy) December 29, 2020
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic dijangka akan mengandingkan Shakir Hamzah dengan pemain skuad kebangsaan, Shahrul Saad bagi memperkuatkan benteng pertahanan tengah.
Shakir juga merupakan pemain ketiga yang ditandatangani oleh Perak selepas mereka membawa masuk bekas penjaga gol Felda United, Azri Abdul Ghani dan bekas pemain Negeri Sembilan, Danish Haziq Saipul Hisham minggu lalu.
Perak turut mengekalkan khidmat tiga pemain import pada musim ini iaitu Guilherme De Paula, Leandro Dos Santos dan Careca. Mereka akan mengumumkan pemain import untuk kuota Asia dalam masa terdekat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Peminat Kecam Tindakan Setiausaha Agung Melaka United Pakai Jersi Liverpool Di Majlis Rasmi
Pemain Tengah Namibia, Petrus Shitembi Sah Sertai Terengganu FC
Azmeer Yusof Umum Persaraan Dalam Karier Bola Sepak Pada Usia 30 Tahun