Erik Lamela berjaya membantu raja Liga Europa Sevilla mara ke final sekali lagi selepas kemenangan 2-1 ke atas Juventus.
Baca Juga:
- Man City vs Real Madrid: Citizens Ke Final UCL
- Inter vs Milan: Lukaku Dan Martinez Bawa Inter Ke Final UCL
- Arsenal vs Brighton: The Gunners Hampir Pasti Terlepas Kejuaraan
Sekaligus menang 3-2 secara agregat. Erik Lamela menanduk masuk gol kemenangan pada awal masa tambahan untuk melengkapkan kebangkitan mengagumkan bagi rekod pemenang enam kali itu.
Sevilla akan menentang Roma kendalian Jose Mourinho di Budapest selepas pasukan dari Itali itu mengenepikan Bayer Leverkusen dalam satu lagi aksi separuh akhir.\
Juvnetus beraksi tanpa Paul Pogba yang kembali semula ke pusat rehabilitasi.
Dusan Vlahovic meletakkan pelawat, Juventus di depan pada separuh masa kedua, dua minit selepas masuk sebagai pemain gantian.
Juventus benar benar bersemangat dengan kejayaan mendapatkan gol pertama.
Namun Suso menewaskan penjaga gol Juventus menerusi percubaan dari luar kotak penalti untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Pada masa tambahan pertama, Erik Lamela menyambut sempurna hantaran lintang Bryan Gil pada minit ke-95 dan memasukkannya ke gawang — untuk menggembirakan penyokong di Ramon Sanchez-Pizjuan.
Sevilla berjaya bertahan untuk mara ke final buat kali pertama sejak 2020.
Kekalahan Juventus ini dianggap membimbangkan. Kerana mereka mahu menjuarai UEL untuk mengesahkan tempat mereka di pertandingan UCL musim hadapan.
Ketika ini mereka berada di tangga kedua Serie A tetapi masih berdepan dengan pemotongan mata jika FIGC berjaya mencabar keputusan rayuan mereka.
Ini akan menyingkirkan mereka daripada empat teratas.
Kegagalan mara ke pertandingan eropah akan meletakkan Juventus dalam masalah dari segi kewangan kelab itu. Kerana mereka perlukan wang bonus daripada pertandingan eropah.
Apapun syabas kepada Sevilla yang mara ke final UEL.