Bekas pemain Sarawak United meminta agar bekas majikan mereka segera melunaskan tunggakan gaji selepas menunggu lebih setahun untuk mendapatkan hak mereka.
Baca Juga:
- MFL Bantu ‘Bayar’ Tunggakan Gaji Sarawak United Dan Melaka United
- Bekas Pemain Sarawak United Masih Menunggu Tunggakan Gaji
- Bekas Pemain Hentam Sarawak United, Mahu Segera Selesaikan Tunggakan Gaji
Salah seorang bekas pemain iaitu Tauffiq Ar-Rashid menerusi laman media sosial miliknya meminta agar bekas pasukannya menepati janji yang diberikan sebelum ini mengenai tunggakan gaji mereka.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) September 18, 2023
Sebelum ini, dua lagi bekas pemain Sarawak United iaitu Taylor Regan dan Stuart Wark meminta agar pasukan itu segera melunaskan tunggakan gaji yang masih belum selesai sehingga kini.
Regan berkata Sarawak masih berhutang gaji 10 bulan kepadanya manakala Wark masih belum menerima tunggakan tiga bulan gaji ketika beraksi bersama kelab tersebut.
Pengelola liga bola sepak Malaysia, Malaysian Football League (MFL) pernah membuat keputusan untuk menyalurkan sebahagian amaun daripada hak penyiaran bagi membantu menyelesaikan masalah tunggakan gaji membabitkan pasukan Sarawak United dan Melaka United.
“Ahli Lembaga Pengarah meluluskan keputusan ini pada penghujung Jun lalu dan ia akan disalurkan secara terus kepada pemain dan bukannya kepada pasukan.
“Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) sudah memberikan senarai nama pemain dan kita juga akan ada senarai jurulatih pada minggu ini.
“Kami akan mengagihkan dana itu sewajarnya kepada mereka dan ini adalah wang yang ditahan oleh MFL. Namun kita hanya dapat lakukan apa yang mampu kita lakukan.
“Sudah tentu ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini tetapi ia memberikan sedikit kelegaan kepada pemain. Isu ini tidak membabitkan MFL tetapi majikan mereka dan kita harap dapat diselesaikan pada minggu ini,” kata Stuart dipetik dari Berita Harian.