Sergio Ramos mengakui agak janggal kerana terpaksa berhadapan dengan Real Madrid dalam aksi pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.
PSG diundi berhadapan dengan Real Madrid selepas undian semula dibuat berikutan masalah teknikal pada undian pertama.
Pada awalnya, PSG diundi berhadapan dengan Manchester United. Dan ramai mulai teruja dengan pertembungan di antara Lionel Messi berhadapan dengan Cristiano Ronaldo.
UEFA mengesahkan bahawa undian tersebut tidak sah. Maka satu lagi undian dibuat dua jam kemudian. Dan kali ini nama Sergio Ramos menjadi perhatian kerana dia bakal berdepan dengan kelab lamanya.
Berikut adalah undian rasmi untuk pusingan kalah mati UCL:
Round of 16 draw ✔️
Which tie are you most excited for?#UCLdraw | #UCL pic.twitter.com/QvZoT0yxqi
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 13, 2021
Kelab yang menjadi signifikan dengan kariernya sebagai pemain bola sepak iaitu Real Madrid.
Sergio Ramos sebelum ini meninggalkan Real Madrid secara percuma selepas gagal memeterai kontrak.
Ramos menangis dalam sidang media ketika pengumuman bahawa beliau tidak akan menyarung jersi Real Madrid lagi.
Namun Sergio Ramos memberikan jaminan bahawa beliau akan sanggup mati berjuang dengan PSG apabila berhadapan dengan kelab lamanya itu nanti.
Ramos berkata: “Nasib itu kita tak tahu. Saya lebih suka berdepan dengan pasukan lain. Kamu semua tahu hubungan istimewa dan cinta saya kepada Real Madrid.”
“Tapi sekarang adalah masanya untuk saya mempertahankan PSG dan saya akan melakukan segalanya untuk kelab ini. Pasukan ini bergantung kepada saya dan saya sanggup mati demi PSG.”
Sergio Ramos is ready to die for PSG when they face Real Madrid 😤 pic.twitter.com/Ktytpu4uTh
— ESPN FC (@ESPNFC) December 13, 2021
“Mulanya, saya tengok kami akan berdepan dengan Manchester United, di mana ianya hebat. Namun undian itu tidak sah.”
“Saya sebenarnya tak suka bertembung dengan Real Madrid di Bernabeu. Lebih lebih lagi saya tak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di sana kerana covid.”
Sejak tiba di PSG, Ramos banyak menghabiskan masa di bilik rawatan. Beliau kemudian cergas, namun disahkan tidak cergas sekali lagi. Ramos berkata dia sangat berharap akan dapat pulih seterusnya untuk memberikan aksi terbaik berdepan dengan Real Madrid.