Pemain dari rantau Asia Tenggara semakin mendapat tempat dalam saingan liga terbaik di dunia terutamanya Eropah dimana saban tahun kita dapat lihat beberapa pemain baharu yang berjaya mendapatkan kontrak profesional bersama kelab terbaik.
Seiring dengan meningkatnya permintaan terhadap pemain dari rantau Asean, sudah pasti nilai yang perlu dibayar juga meningkat dan berikut adalah lima pemain Asean yang mempunyai nilai pasaran tertinggi musim ini.
1. Neil Etheridge (RM 9.9 Juta)
Penjaga gol Birmingham City ni kekal sebagai pemain Asean paling bernilai ketika ini. Beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kemudiannya EFL Championship menjadi salah satu faktor mengapa nilai Neil masih lagi tinggi.
2. Gerrit Holtmann (RM 8.9 Juta)
Holtmann mencipta sensasi apabila menjadi pemain Filipina pertama yang menjaringkan gol dalam saingan Bundesliga pada perlawanan antara VfL Bochum diturunkan pada aksi menentang Mainz.
3. Chanathip Songkrasin (RM 7.9 Juta)
Chanathip terus menjadi antara pemain Asean paling bernilai ekoran terus beraksi dalam saingan liga terbaik di rantau Asia iaitu J. League bersama Hokkaido Consadole Sapporo.
4. Dion Johan Cools (RM 7.4 Juta)
Pemain kacukan negara ini telah membuat penampilan pertama bersama skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
5. Theerathon Bunmathan (RM 4.4 Juta)
Seorang lagi pemain skuad kebangsaan Thailand, Theerathon juga kekal sebagai pemain Asean paling bernilai apabila beraksi dalam saingan J.League bersama Yokohama F Marinos.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak semasa di sini:
Kelayakan Piala Asia Wanita 2022: Malaysia Tewas Pada Aksi Pembukaan
PSG Bangkit Dari Ketinggalan, Messi Terus Buntu Dan Berang Dikeluarkan