Sebanyak 40 pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan paling berprestij di peringkat Asia iaitu AFC Champions League (ACL) bagi musim 2023/2024.

Baca Juga:

Juara bertahan, Urawa Red Diamonds berjaya mara selepas menewaskan kelab Hong Kong, Lee Man dengan keputusan 3-0 pada aksi play-off semalam.

Selain itu, beberapa kelab besar dari Arab Saudi seperti Al-Hilal, Al-Ittihad dan Al-Nassr turut mengesahkan kemaraan ke peringkat kumpulan bagi saingan musim ini.

Tidak ketinggalan kelab dari rantau Asia Tenggara dimana ada pasukan yang layak secara merit dan juga ada pasukan yang layak menerusi perlawanan play-off.

Antara kelab yang melayakkan diri secara merit ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut menjadi wakil tunggal dari saingan Liga Malaysia. Seterusnya Buriram United dan Bangkok United dari saingan Thai League 1 layak secara merit sebagai juara liga dan juga naib juara liga.

Hanoi menjadi wakil tunggal Vietnam manakala Kaya-Iloilo menjadi wakil tunggal dari saingan Liga Premier Filipina. Saingan Liga Premier Singapura pula diwakili oleh juara musim lalu iaitu Lion City Sailors.

Empat lagi pasukan iaitu Haiphong (Vietnam), Bali United (Indonesia), Port FC dan BG Pathum United (Thailand) harus melalui saingan peringkat play-off untuk mara ke peringkat kumpulan namun hanya satu pasukan sahaja yang berjaya melepasi play-off.

BG Pathum berjaya menewaskan kelab China, Shanghai Port dengan keputusan 3-2 sekaligus layak ke peringkat kumpulan.

Saingan AFC Champions League musim ini adalah yang terakhir menggunakan nama tersebut sebelum bertukar nama kepada saingan AFC Champions League Elite yang akan bermula pada musim 2024/2025.