Berikut senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa, 12 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 dan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac 2019.
BIL | NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY |
26 |
PENJAGA GOL |
PERAK |
2. |
SHAHRUL SAAD |
26 |
PERTAHANAN |
PERAK |
3. |
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM |
26 |
PERTAHANAN |
PERAK |
4. |
KENNY PALLRAJ |
26 |
TENGAH |
PERAK |
5. |
FIRDAUS SAIYADI |
23 |
TENGAH |
PERAK |
6. |
MOHAMADOU SUMAREH |
25 |
SAYAP |
PAHANG |
7. |
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA |
33 |
PENYERANG |
PAHANG |
8. |
MATTHEW DAVIES |
24 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
9. |
NOR AZAM ABDUL AZIH |
24 |
TENGAH |
PAHANG |
10. |
SYAZWAN ZAINON |
30 |
SAYAP |
SELANGOR |
11. |
ABDUL LATIFF SUHAIMI |
30 |
PERTAHANAN |
SELANGOR |
12. |
FAIZ NASIR |
27 |
TENGAH |
SELANGOR |
13. |
ABDUL HALIM SAARI |
25 |
TENGAH |
SELANGOR |
14. |
ZAQUAN ADHA ABD RADZAK |
32 |
PENYERANG |
KEDAH |
15. |
IFWAT AKMAL CHEK KASSIM |
23 |
PENJAGA GOL |
KEDAH |
16. |
RIZAL GHAZALI |
27 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
17. |
AKRAM MAHINAN |
26 |
TENGAH |
PKNS FC |
18. |
NICHOLAS SWIRAD |
28 |
PERTAHANAN |
PKNS FC |
19. |
SYAZWAN ANDIK ISHAK |
23 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
20. |
AHMAD HAZWAN BAKRI |
28 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
21. |
S KUMAAHRAN |
23 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
22. |
IRFAN ZAKARIA |
24 |
PERTAHANAN |
KUALA LUMPUR |
23. |
KHAIRUL FAHMI CHE MAT |
30 |
PENJAGA GOL |
MELAKA UNITED |
24. |
HAFIZ RAMDAN |
26 |
SAYAP |
PKNP FC |
25. |
HADIN AZMAN |
25 |
SAYAP |
FELDA UNITED |
Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan seramai 13 pemain dari skuad 23 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018, Disember lalu tanpa baki 10 pemain lain.
Empat daripadanya iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari telah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee bagi memperkasakan skuad B-22 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 manakala enam lagi pemain tidak dipanggil Cheng Hoe kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi.
Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 25 pemain, Cheng Hoe telah menyenaraikan 12 pemain baharu terdiri daripada tiga pemain Selangor – Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Abdul Halim Saari; dua pemain Pahang – Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih; serta dua pemain Kedah – penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Rizal Ghazali.
Turut tersenarai adalah Hadin Azman (Felda United), Firdaus Saiyadi (Perak), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Nicholas Swirad (PKNS FC) dan S Kumaahran (JDT II).
Para pemain akan melapor diri pada 12 Mac ini untuk menjalani latihan pusat manakala empat pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tarikh yang sama hanya akan melapor diri sehari kemudian.
Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama pada Rabu, 20 Mac 2019 dan berdepan Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua pada Sabtu, 23 Mac 2019. Kedua-duanya jam 8.45 malam.
Selepas itu, satu lagi perlawanan bakal dihadapi mereka iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal pada 26 Mac, jam 5.30 petang sebelum para pemain dilepaskan ke kelab masing-masing.