Arab Saudi kini mencipta rekod terburuk dalam sejarah bola sepak mereka sejak 1995. Di mana mereka hanya menang 1 daripada 9 perlawanan terakhir.
Baca Juga:
- Neymar Anggap Liga Arab Saudi Mungkin Lebih Bagus Daripada Liga Perancis
- Saudi Pro League Jadi Destinasi Seterusnya Bagi David De Gea
- Selepas Argentina, Indonesia Mahu Menentang Jerman
Lebih teruk, mereka kalah dalam 6 perlawanan terakhir mereka berturut turut.
Arab Saudi membuat kejutan pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 yang lalu dengan tewaskan Argentina 2-1. Argentina yang selepas itu bergelar Juara Dunia, diperkuat oleh Lionel Messi.
Maka ketika itulah wujud banter ‘Di mana Messi?’ oleh penyokong Arab Saudi.
🚨| Argentina have lost one of their last 49 national team games, their only defeat came from Saudi Arabia 😳 pic.twitter.com/3DzG30Jan9
— Mr Clever (@CLEVERsportnews) September 13, 2023
Namun selepas kemenangan itu pasukan tersebut telah mencipta rekod terburuk dalam sejarah bola sepak mereka.
Di mana Arab Saudi telah kalah dalam 6 perlawanan berturut turut pada masa ini.
Selepas menang menentang Argentina, Arab Saudi kalah 2 aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia di tangan Poland dan Mexico.
Kemudian mereka terus hambar dengan hanya mencatatkan 1 kemenangan dalam 9 aksi terakhir mereka.
Dan kemenangan itu hadir ketika menentang Yaman pada Piala Teluk.
Arab Saudi memulakan episod kekalahan berturut turut mereka dengan kalah di tangan Iraq dan Oman dalam Piala Teluk.
Seterusnya mereka kalah 1-2 di tangan Venezuela untuk aksi persahabatan antarabangsa.
Melebarkan rekod kepada 4 kekalahan berturut turut, Arab Saudi dihenyak pula oleh Bolivia juga dengan kekalahan 1-2.
Aksi antarabangsa September melengkapkan rekod paling teruk kekalahan pasukan Arab Saudi kepada 6 kali berturut turut.
Mereka dikalahkan oleh Korea Selatan 1- 0, hasil jaringan tunggal Cho Gue Sung. Sebelum itu mereka ditewaskan Costa Rica 1-3.
Ianya rekod terburuk Arab Saudi sejak 1995. Dengan perkembangan liga bola sepak mereka yang menerima kehadiran ramai bintang bola sepak, pastinya peminat mereka mengharapkan pasukan kebangsaan mereka lebih baik.