Selepas turun menentang Argentina, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mahu menjadikan satu lagi pasukan besar, Jerman sebagai lawan untuk skuad kebangsaan Garuda.
Baca Juga:
- 9 Pemain Muda Indonesia Ini Enggan Teruskan Karier Bola Sepak, Lebih Berminat Jadi Polis
- Selepas Argentina, Indonesia Sasar Hadapi Portugal
- Asnawi Mangkualam Kongsi Rahsia Berjaya Kawal Alejandro Garnacho
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football dimana Ahli PSSI, Arya Sinulingga mendedahkan pihaknya telah membuat tawaran kepada Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) untuk kedua-dua pasukan turun dalam satu perlawanan persahabatan.
🇮🇩🇩🇪 Football Association of Indonesia (PSSI) member, Arya Sinulingga, revealed that PSSI has made an offer to the German Football Association (DFB) to host a match between the Indonesian national team and the German national team.#PSSI #DFB https://t.co/2dGPdt4yVx
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 25, 2023
Sebelum ini, menurut laporan media tempatan, PSSI mengeluarkan dana sebanyak 70 Billion Rupiah atau sekitar USD16 Juta bagi mengadakan perlawanan menentang pasukan Argentina.
Kos ini belum termasuk kos logistik bagi membawa pemain serta pegawai pasukan termasuk makan minum dan juga tempat penginapan bagi kontinjen Argentina.
Untuk menentang pasukan Jerman, Indonesia dilihat perlu mengeluarkan jumlah wang sama seperti sebelum ini dan perkara itu dianggap bukan satu masalah kerana ketua umum PSSI, Erick Thohir pernah mengatakan wang bukan satu masalah sekiranya skuad kebangsaan negara itu mahu menentang pasukan terbaik dunia.
“Intinya kita jangan bercakap tentang wang. Anda semua harus yakin kita sedang membangun sebuah badan yang telus. Kalau bercakap tentang wang, adakah kita miskin? Kita harus bersikap profesional mengenai perkara ini. Jangan bercakap seolah-olah kami miskin. Ini bukan perkara biasa. Ini semua tidak boleh diukur dengan wang.
“Saya kurang gemar apabila kita bermain bola sepak kerana wang. Kita bermain bola kerana negara. PSSI akan ada audit tahunan. Kita akan umumkan kepada semua apabila sudah selesai audit nanti,” katanya.