Kelab Bola Sepak Terengganu ( TFC) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super 2021 apabila menewaskan Selangor (SFC) dengan jaringan 3-1 di Stadium Sultan Mizan sebentar tadi.
Dalam perlawanan itu, TFC bermula dengan garang dan hampir mencipta rekod jaringan paling awal pada 57 saat namun Faiz Nasir mensia-siakan peluang keemasan.
TFC terus mengandakan asakan dan kerap menguji benteng pertahanan SFC. Malah, penjaga gol lawan, Khairul Azhan turut beraksi cemerlang menepis sepakan percuma Makan Konate pada minit ke 7.
4 minit kemudian, SFC hampir membuka akaun jaringan pertama namun rembatan kencang Shahrel Fikri terkena palang. Bola banyak bergelar di tengah padang kerana kedua-dua pasukan masih mencari rentak permainan.
Penantian TFC berakhir pada minit ke 35 apabila Jordan Mintah menanduk masuk hantaran cantik dari sebelah kiri daripada Makan Konate.
35' | GOL @FCTerengganu
Jordan Mintah membuka tirai jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Terengganu FC 1-0 Selangor FC #LigaSuper2021 pic.twitter.com/oWiKIOWUM0
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021
Selangor berpeluang menyamakan kedudukan tetapi penjaga gol tuan rumah, Rahadi Azli berjaya menepis beberapa percubaan berbahaya. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Perlawanan menjadi lebih menarik pada separuh masa kedua apabila kedua-dua pasukan saling menyerang. Penjaga gol SFC, Khairul Azhan juga dipaksa bekerja keras menepis rembatan kencang daripada Faisal Halim.
Bagaimanapun, aksi Faisal tidak bertahan lama kerana dilanda kecederaan. Percaturan pengendali TFC, Nafuzi Zain memasukkan Rahmat Makasuf menggantikan tempat Faisal turut membuahkan hasil yang lumayan.
Rahmat berjaya manfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti dengan melakukan rembatan leret menewaskan Khairul Azhan pada minit ke 61.
61' | GOL @FCTerengganu
"Supersub" Rahmat Makasuf menggandakan kedudukan Terengganu FC!#LigaSuper2021 pic.twitter.com/mAIuf5i7kX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021
Tersentak dengan jaringan itu, SFC bangkit mengatur gerakan dan mereka berjaya mengurangkan defisit jaringan pada minit ke -74 apabila pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam menjaringkan gol sendiri.
74' | GOL @selangorfc
Pertahanan TFC, Shahrul Nizam menjaringkan gol sendiri.
Terengganu FC 2-1 Selangor FC#LigaSuper2021 pic.twitter.com/sDZMfuB4LB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021
Ketika SFC sedang ghairah memburu jaringan penyamaan, TFC menggunakan peluang ini untuk melancarkan serangan balas melalui gerakan Jordan Mintah sebelum disudahkan oleh rembatan Hakimi Abdullah sekaligus menoktahkan kemenangan yang bergaya di halaman sendiri.
90+4'' | GOL @FCTerengganu
Hakimi Abdullah menjaringkan gol ketiga Terengganu FC untuk keputusan 3-1.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/AwhA3oCyI1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021