Penyerang Selangor, Shahrel Fikri Fauzi akan dipantau dengan rapi oleh staf perubatan pasukan menjelang perlawanan pembukaan saingan Liga Super musim 2021 menentang Sri Pahang di Stadium MBPJ Sabtu ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Shahrel tidak mengalami kecederaan yang serius setelah dikeluarkan pada awal perlawanan ketika menentang Kuala Lumpur United minggu lalu.
Penyerang Selangor FC Shahrel Fikri Md Fauzi disahkan tidak mengalami kecederaan serius tapi akan dipantau menjelang aksi pertama Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium MBPJ, 6 Mac ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 1, 2021
Shahrel digandingkan dengan Ifedayo Olesegun di bahagian serangan pada perlawanan menentang KL United namun aksi beliau hanya setakat lima minit pertama sebelum dikeluarkan ekoran mengalami kecederaan.
Penyerang muda, Danial Asri dibawa masuk dan pemain yang beraksi bersama Selangor 2 pada musim lalu itu menampilkan aksi yang bertenaga selain dilihat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang ditetapkan oleh pengendali pasukan, Karsten Neitzel.
Bagi aksi menentang PJ City, skuad Gergasi Merah akan turun tanpa kelibat seorang lagi pemain baharu, Nik Sharif Haseefy yang turut mengalami kecederaan.
Nik Sharif bakal berehat selama enam hingga ke lapan minggu ekoran kecederaan buku lali yang dialami.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Nik Sharif Haseedy Alami Kecederaan, Berehat Selama Lapan Minggu
AFC Cup 2021: Kedah Dan Terengganu Akan Beraksi Di Singapura