Pasukan Selangor dilaporkan diminta untuk memberi penjelasan berhubung tindakan pemain import mereka dari Myanmar, Hein Htet Aung yang meraikan gol dengan simbol tiga jari.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kejadian tersebut berlaku ketika Selangor 2 bertemu PDRM dalam perlawanan Liga Perdana Sabtu lalu.

Hormat tiga jari sinonim dengan konflik politik yang berlaku di Myanmar ketika ini dimana rakyat negara itu membuat tunjuk perasaan serta bantahan sambil mengangkat tiga jari sebagai simbol menentang pihak tentera.

Meraikan gol berbaur politik sememangnya tidak dibenarkan dalam mana-mana perlawanan dibawah seliaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dimana beberapa insiden sebelum ini berakhir dengan penggantungan pemain.

https://www.instagram.com/p/CMGdbDrjEzf/?igshid=e4aj90dsova2

Pada temasya Piala Dunia 2018, dua pemain Switzerland iaitu Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri berdepan amaran keras kerana meraikan gol dengan simbol helang berkepala dua pada perlawanan menentang peringkat kumpulan menentang Serbia.

Pada 2013, pemain Mesir, Ahmed Abdul Zaher digantung daripada beraksi dalam saingan FIFA Club World Cup kerana meraikan gol dengan simbol empat jari, sinonim dengan protes terhadap kerajaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Tomas Trucha Percaya Pemain Mampu Beri Cabaran Sengit Kepada JDT

Liga M3: Tenaga Berpengalaman Mantapkan MNY FC

Kelantan FC Jana RM43,972 Hasil Jualan Siaran ‘Pay-Per-View’ Dan Jersi Edisi Khas Bertemu Perak II