Pemain bintang pasukan kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin melaungkan keyakinan bahawa skuad Gajah Perang mampu untuk melangkah jauh dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada bulan hadapan.

Thailand diletakkan dalam kumpulan G bersama pasukan gergasi dari Asia Barat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan tiga lagi seteru utama di rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Chanathip juga mempunyai sasaran tersendiri dimana beliau mahu membantu juara 5 kali Piala AFF itu memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan.

chanathip songkrasin
Chanatip ketika beraksi bersama Consadole Sapporo

Chanatip berkata: Sasaran saya ialah membantu Thailand mengungguli kumpulan G. Saya mahu memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan.

Pemain yang mesra dengan panggilan “Messi Jay” ini beraksi dalam saingan J1 League bersama Consadole Sapporo dan baru-baru ini Chanathip membantu Consadole meraih keputusan seri 1-1 ketika berdepan Urawa Red Diamonds pada Sabtu lalu. Consadole Sapporo ketika ini menduduki tangga ketujuh dengan perolehan 32 mata daripada 22 perlawanan dan berada 16 mata di belakang pendahulu, FC Tokyo.

Chanathip Songkrasin bakal memainkan peranan pentingd dalam kempen kelayakan pasuka Thailand kali ini yang mana akan dibimbing oleh bekas pengendalu pasukan kebangsaan Jepun. Akira Nishino. Pemain berusia 25 tahun itu berharap beliau dapat belajar sesuatu daripada jurulatih yang membimbing The Samurai Blue mara ke peringkat 16 pasukan terakhir dalam temasya Piala Dunia tahun lalu.

Chanathip Songkrasin
Aksi Chanathip ketika bersama Thailand.
Sumber Gambar: Mystalk

“Tidak kira jurulatih mana yang mengendalikan pasukan kebangsaan, kita perlu belajar daripada beliau. Kita harus menyesuaikan diri dengan corak permainan yang beliau terapkan,” tambahnya.

Thailand akan memulakan kempen kelayakan dengan berdepan pasukan Vietnam di laman sendiri pada 5 September mendatang diikuti dengan perlawanan menentang Indonesia di tempat lawan pada 10 September.