Saingan Liga Super 2020 bakal membuka tirainya pada bulan Februari depan. Beberapa pasukan gergasi tempatan seperti JDT, Selangor, Kedah dan Perak sudah pun melakukan persiapan rapi dan membawa masuk pemain baharu.

Namun, naib juara Liga Super 2019 iaitu Pahang merupakan satu-satunya pasukan yang paling “sunyi” dari segi persiapan berbanding pasukan lain.

Bagaimanapun, pengendali Selangor, B. Satiananthan masih melihat skuad Tok Gajah sebagai pencabar terkuat walaupun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang dilepaskan.

“Pahang sendiri walaupun agak ‘senyap’ dalam persiapan pasukan tetapi saya tahu mereka sudah ada pemain untuk menggalas tanggungjawab bagi musim 2020.

“Beberapa tonggak utama mereka seperti Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies akan kekal memainkan peranan sebagai tonggak utama buat pasukan itu,” katanya dalam Sinar Harian.

81067027_2777680145625995_8631018775979753472_o
Sesi latihan skuad tok gajah minggu lalu. FOTO: Pahang FA

Mengulas mengenai persiapan pasukan lain, Satiananthan turut menyifatkan JDT merupakan pasukan yang paling berkualiti dan merupakan pilihan utama untuk menjuarai Liga Super musim ini.

“Sudah tentu JDT merupakan pasukan pilihan dan pencabar paling utama dalam saingan Liga Super musim depan. Kualiti yang dimiliki pasukan tersebut tidak boleh dipertikaikan.

“Mereka mempunyai ramai pemain yang bagus dan corak permainan yang sudah semakin serasi sehingga menjadikan mereka antara pasukan terkuat dalam liga,” tambahnya.

Selangor yang menghuni kedudukan ketiga dalam Liga Super 2019 bakal berwajah baharu selepas menandatangani beberapa pemain berkualiti seperti Safuwan Baharuddin serta pemain berdarah kacukan iaitu Brendan Gan, Nicholas Ryan Swirad dan Rodney Celvin Akwensivie.

Pada masa yang sama, Satiananthan menyasarkan untuk membawa pasukannya beraksi dalam saingan AFC pada musim 2021 memandangkan Malaysia telah diberi satu slot automatik AFC Champions League dan dua slot ke AFC Cup.

“Selangor memang bertekad untuk memastikan musim 2020 adalah lebih baik berbanding sebelum ini selain misi yang telah ditetapkan untuk layak ke saingan peringkat Asia pada 2021,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Fernando Rodriguez Dan Kei Hirose

Gopi Rizqi Mahu Pastikan Pahang Kembali Meraih Kejuaraan Pada Tahun 2020

Khairul Amri Akui Kemahiran Taktikal Liga Malaysia Lebih Baik Daripada Liga Indonesia


utm_source=thevocket&utm_medium=top10_homepage&utm_campaign=top10_posts

Sumber