Kepulangan semula pemain sayap kelahiran Kuantan, Muhammad Gopi Rizqi Rama Chandra ke pangkuan skuad Tok Gajah menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan baru-baru ini.

Kelibat bekas pemain JDT dan Selangor itu dapat dilihat dalam sesi latihan Pahang pada kelmarin di Taman Gelora sekaligus memberi perkhabaran gembira kepada para penyokong Tok Gajah.

Pada musim 2014, pemain yang berusia 30 tahun itu membantu skuad Pahang mengucup Piala FA dan Piala Sumbangsih dan kemudian menyertai Selangor sebelum ke JDT (2017), Melaka United (2018) dan PDRM (2019).

Sebagai membalas kepercayaan pihak pengurusan Pahang, Gopi tekad bangkit mempamerkan prestasi cemerlang seperti dulu dan membantu Pahang meraih pelbagai kejayaan pada musim 2020.

“Kesudian dan kepercayaan diberikan pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terutama Presiden (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) akan dibalas dengan aksi dan prestasi konsisten.

“Segalanya diharap menjadi untuk memastikan Pahang kembali meraih kejuaraaan seperti yang pernah saya kecapi pada 2013,” katanya dalam Arena Metro.

81217222_2777679972292679_5681949932529909760_o

Mengulas mengenai persiapan menghadapi musim baharu, Gopi mahu meningkatkan tahap kecergasaan dan memastikan fizikal cukup bersedia untuk beraksi dalam perlawanan berintesiti tinggi dalam Liga Super.

“Fokus utama sekarang ialah meningkatkan kecergasan dan kualiti permainan selepas semusim tidak beraksi dalam Liga Super.

“Saya percaya sokongan daripada rakan sepasukan dan peminat Tok Gajah akan meningkatkan motivasi untuk membantu Pahang menjulang kejuaraan.

“Kejayaan manis mengucup Piala Malaysia pada 2013 dan 2014 serta Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014 memberikan kekuatan kepada saya,” katanya.

Selain Gopi, Pahang turut membawa masuk penjaga gol berpengalaman dari Kuala Terengganu, Sharbinee Allawee serta bekas penjaga gol UKM FC, Daniel Wafiuddin.

3 pemain daripada skuad Piala Presiden turut dinaikkan ‘pangkat’ dan beberapa pemain baharu serta pemain import akan menyertai pasukan itu dalam masa terdekat.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Selain Pusat Latihan Tertutup, Selangor Juga Bakal Memiliki Pusat Perubatan Dan Pejabat Teknikal

Abu Bakar Fadzim Tidak Tolak Kemungkinan Perak II Gunakan Pemain Import

Kedah Jalani Perlawanan Pra Musim Di Kemboja