Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan menggesa agar semua pihak termasuk penyokong setia pasukan untuk tidak meletakkan tekanan tinggi terhadap penyerang import baru, Ifedayo Olesegun.
Meski berkata begitu, namun Sathia percaya bekas penyerang Felda United dan Melaka United itu mampu untuk mengatasi masalah jentera serangan pasukan yang tumpul. Sejak kehilangan Rufino Segovia, Selangor sedikit bergelut di bahagian serangan.
WELCOME TO THE REBELLION, IFEDAYO!
Seperti yang digembar-gemburkan, Ifedayo Olusegun kini sah bergelar pemain Red Giants musim 2019.
Baca lebih lanjut tentang Ifedayo: https://t.co/Irl6r9NDar
Jumpa di Stadium Shah Alam malam ini! 🔥❤️💛#IfedayoIsRed#MayThe4thBeWithYou pic.twitter.com/Ion9UHqzNx
— Selangor FC (@selangorfc) May 4, 2019
“Kami ada banyak peluang, cuma penyudah (tiada) dan saya harap kehadiran Ifedayo dapat mengatasi masalah ini. Kami tak boleh harapkan Syazwan, Syahmi Safari atau Sandro kerana kami perlukan seorang penyerang.
“Saya boleh cakap dia bukan hanya penjaring gol, tapi dia juga mampu membantu pemain lain. Dia boleh boleh ikut cara permainan kami, itu yang saya nampak,” kata Sathia menurut laporan Berita Harian.
Menurut Sathia, beliau memutuskan untuk menandatangani Ifedayo setelah bekerjasama bersama penyerang dari Nigeria itu ketika mengendalikan Felda United dan sudah sedia maklum mengenai kualiti yang dimiliki oleh pemain itu.
“Dia pernah bersama saya di FELDA United, jadi saya tahu kualitinya dan bila dia hubungi saya serta menyatakan minat untuk sertai pasukan (Selangor), saya ambil peluang itu.
“Tapi jangan kita bagi dia tekanan kerana bola sepak bukan hanya bergantung kepada seorang pemain. Kami kena bersama-sama kuatkan pasukan, semua kena bekerja keras,” tambahnya
Baca Juga: FAS Pantau Keadaan Endrick Dos Santos