Pasukan B-20 Brazil berdepan masalah besar selepas Palmeiras enggan melepaskan pemain yang baru dibeli Real Madrid, Endrick serta seorang lagi rakannya, Giovani untuk menyertai mereka bagi Copa America B-20.

Baca Juga:

Palmeiras sudah berhubung dengan CBF tentang perkara tersebut.

Keadaan itu membuatkan Santos menjadi kelab terbaru enggan melepaskan pemain muda mereka, atas alasan, Palmeiras tidak melepaskan pemain muda yang merupakan pemain utama mereka untuk beraksi dalam pertandingan B-20 tersebut.

Santos menegaskan, mereka juga tidak mahu melepaskan 2 pemainnya, Angelo dan Marcos Leonardo. Dengan menyatakan bahawa 2 pemain tersebut adalah pemain utama kelab mereka.

Santos, sebuah kelab yang banyak melahirkan bakat muda, dari Vila Belmiro awalnya tidak mempunyai masalah untuk melepaskan pemain muda mereka untuk mewakili Brazil dalam Kejohanan Amerika Selatan / Copa America B-20 itu.

Walau bagaimanapun, memandangkan kedua-duanya adalah pemain utama pasukan, Santos telah meniru langkah Palmeiras. Marcos Leonardo antara pemain muda yang tersenarai dalam kalangan 25 bakat muda luar biasa.

Inilah senarai pemain pemain muda Brazil yang awalnya akan dijangka menggegar dalam Copa America B-20.

Santos masih belum memaklumkan keputusannya secara rasmi kepada CBF, tetapi kakitangan kejurulatihan pasukan bawah 20 tahun sebelum ini dimaklumkan mengenai kemungkinan itu.

Kejohanan Amerika Selatan, walaupun ia adalah pertandingan rasmi Conmebol, namun tidak termasuk dalam tarikh FIFA dan, oleh itu, kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan atlet mereka.

Kedua-dua pemain Angelo dan Marcos Leonardo mempunyai keinginan yang kuat untuk mewakili pasukan Brazil dalam pertandingan benua. Ianya akan menjadi kejohanan pemanas badan sebelum Piala Dunia B-20 yang akan datang.

Namun dua pemain muda itu tetap menghormati pendirian kelab mereka yang enggan melepaskan mereka.

Pada awal pramusim, pengurus Santos, Odair Hellmann sudah memberikan bayangan bahawa 2 pemain muda mereka itu tidak akan beraksi dalam aksi Campeonato Paulista, sebuah pertandingan piala di Brazil.

Namun dengan keputusan Presiden Andres Rueda yang mengeluarkan arahan untuk mengekalkan mereka bersama skuad, nama Angelo dan Marcos Leonardo akan tersedia untuk mewakili Santos dalam kejohanan itu yang akan bermula 14 Januari akan datang.

Langkah dua kelab itu membuatkan timbul kerisauan kelab kelab lain turut akan mengambil tindakan yang sama selepas ini.