Penjaga gol Penang, Samuel Somerville menegaskan beliau berbangga dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang baki aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini.
Perkara ini dikongsikan Samuel menerusi laman media sosial rasmi Twitter miliknya dimana pasukan negara mula menjalani latihan sebelum berlepas ke Dubai pada 20 Mei ini.
First day, I’m extremely grateful and honoured to be here 🐯@FAM_Malaysia pic.twitter.com/Tod3p3o6at
— Samuel Jacob Somerville (@SJSomerville) May 16, 2021
Selain Samuel Somerville, dua lagi penjaga gol yang dipanggil bagi membawa cabaran negara di UAE nanti ialah Khairul Azhan (Selangor) dan Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim).
Khairul dan Farizal merupakan penjaga gol senior dan beraksi dalam perlawanan kelayakan sebelum ini manakala Samuel pula menyertai kem latihan pusat pertama sejak beraksi di Malaysia pada 2015 lalu.
Skuad Harimau Malaya akan mula turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan pertama (bukan Tier 1) bertemu Kuwait di sana pada 23 Mei 2021.
Kemudian pada 25 Mei 2021, skuad Harimau Malaya akan terbang pula ke Manama, Bahrain bagi perlawanan persahabatan kedua (Tier 1) bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei 2021 dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan.
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan turun berdepan UAE (3 Jun 2021), Vietnam (11 Jun 2021) dan Thailand (15 Jun 2021) di Dubai, UAE.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia
TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan