Dengan pelantikan Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) yang baharu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar sebagai setiausaha agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2021 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Stuart.
Mohd Saifuddin mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menjawat tugas di pelbagai unit dalam FAM dari 1995 hingga 2003 termasuk sebagai Ketua Jabatan Pertandingan dan kemudian menyertai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai Pegawai Pertandingan dan Pengurusan Acara Serantau dari 2003 hingga 2007.
Siaran Media: FAM Lantik Mohd Saifuddin Abu Bakar Sebagai Setiausaha Agung Yang Baharu
Baca penuh di https://t.co/sfK2ZwYEvN#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/pBPlliYh2n
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 30, 2021
Beliau yang berasal dari Melaka kemudian kembali ke FAM sebagai Penolong Setiausaha Agung dari 2007 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Timur Tengah untuk menjadi Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League dan kemudiannya berkhidmat pula sebagai perunding teknikal Oman FA dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan dari 2012 hingga 2019.
Mohd Saifuddin juga merupakan Komisioner Perlawanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM percaya dengan pengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa serta latar belakang dan kelayakan yang dimilikinya, Mohd Saifuddin mampu membawa FAM ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Chia Ruo Han Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20
Kisah Anwar Ridhwan, Dari Pemain Bola Sepak Kepada Jurutera Kanan Syarikat Gergasi Minyak Negara