Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Safawi Rasid mahu kembali beraksi di Liga Malaysia kerana tidak gembira dengan situasinya di kelab Thailand, Ratchaburi.

Baca Juga:

Pemain itu dikatakan tidak gembira selepas namanya tidak tersenarai dalam aksi menentang PT Prachuap dalam aksi Liga 1 Thailand. Di mana perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1.

Itu yang dikatakan telah membuatkan Safawi Rasid mempertimbangkan untuk kembali semula ke Malaysia.

Dia mulai dikaitkan dengan beberapa kelab lamanya di Malaysia termasuk Terengganu FC. Ini selepas pemain itu pulang ke Malaysia.

Namun perkara itu dinafikan oleh pembantu jurulatih Ratchaburi iaitu Somchai Maiwilai.

Somchai mengesahkan bahawa Safawi sangat gembira berada di kelab itu dan tidak peduli dengan khabar angin yang sedang berlegar di media sosial.

Somchai menambah bahawa ada salah faham tentang situasi Safawi Rasid. Kerana jelas sekali Safawi Rasid sangat gembira di Ratchaburi pada masa ini.

Safawi Rasid Terengganu
Sumber Gambar: Ratchaburi

Dia turut menjelaskan kenapa Safawi pulang ke Malaysia sebelum ini. Bukannya kerana pemain itu merajuk dan balik sesuka hatinya.

Safawi pulang ke Malaysia atas kebenaran kelab selepas ayahnya sakit dan perlu menjalani pembedahan.

Somchai berkata: “Saya rasa ada salah faham dalam situasi Safawi Rasid.”

“Safawi sangat tidak selesa pada masa ini. Kerana ayahnya sakit dan perlu menjalani pembedahan.”

“Namun ketika Safawi berjauhan dengannya, ayah Safawi dikatakan tidak mahu menjalani pembedahan itu.”

“Itu yang membuatkan Safawi Rasid terpaksa pulang ke Malaysia untuk menjaga ayahnya.”

“Jadi, pada pandangan saya, ianya lebih kepada salah faham. Buat masa ini, Safawi sangat gembira berada dalam pasukan ini.”