Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid dikhabarkan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia musim ini dan pasukan Terengganu menjadi destinasi bagi pemain itu.
Baca Juga:
- TMJ Kongsi Keadaan Semasa Safawi Rasid Di Thailand
- Rata-Rata Peminat JDT Enggan Terima Semula Safawi Rasid
- Safawi Rasid Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik Mingguan Liga Thailand
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Safawi bakal kembali ke saingan Liga Malaysia hanya selepas enam bulan beraksi di Thailand bersama Ratchaburi.
Welcome back Safawi. https://t.co/yvEbzj5SYY
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) April 18, 2023
Sebelum ini, ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner menegaskan beliau berminat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid bagi memperkuatkan pasukan yang sedang goyah dalam saingan liga ketika ini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) turut berkongsi keadaan semasa pemain berusia 26 tahun itu.
Dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia, TMJ menegaskan beliau masih berhubung dengan Safawi dan merasakan pemain itu tidak begitu selesa di Thailand.
“Safawi ada berhubung dengan saya. Saya rasa dia tak begitu selesa di sana. Kita tengok macam mana kerana yang nak pergi loan bukan saya yang hantar dia. Dia yang nak pergi sendiri.
“Kami hanya memberi kerjasama kepada beliau dimana dia nak dapat lebih banyak permainan dan kami beri itu semua. Buat masa ini masih belum ada kata putus sama ada dia nak balik ataupun tidak.
“Saya tahu dia kurang selesa di sana. Ada ura-ura yang mengatakan Safawi Rasid nak balik sini (JDT). Tetapi tengok dulu. Saya pun belum membuat keputusan,” kata TMJ.
Safawi berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Ratchaburi ketika turun menentang Chonburi bulan lalu dalam saingan Thai League 1.
Selepas perlawanan, pengelola liga mengeluarkan senarai pemain terbaik mingguan dan Safawi berada dalam senarai tersebut setelah tampil cemerlang bersama Ratchaburi. Safawi juga menjadi satu-satunya pemain dari Ratchaburi berada dalam senarai itu.