Sabah menafikan dakwaan yang mengatakan terdapat salah laku dan pecah amanah yang dilakukan oleh pengurusan pasukan mengenai perpindahan pemain khususnya pemain import.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab baru-baru ini. Sabah menegaskan laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mempersilakan mana-mana pihak agar membuat siasatan terhadap kelab terbabit.
KENYATAAN KELAB.#Sabahmajujaya#bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/y5H6BDXqqs
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) November 3, 2021
“Pihak kelab memandang serius laporan “Siasat Salah Laku dan Pecah Amanah
dalam Sabah FC” yang dilaporkan oleh portal media atas talian Borneo Today.
“Kami menyangkal segala tuduhan yang dilaporkan media atas taliam tersebut sekaligus mempersilakan mana-mana pihak untuk melakukan siasatan dijalankan ke atas kelab.
“Untuk pengetahuan, semua urusniaga perpindahan pemain (pemain import) mempunyai dokumen rasmi dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan serta bukan dijalankan secara sesuka hati.
“Tiada isu Mark Up seperti yang dilaporkan. Kelab cuma membayar RM30,000 untuk kos logistik LED ke Kota Kinabalu dan ia merupakan sumbangan daripada salah satu penaja kelab untuk musim ini.
“Bagi sistem Catapult pula, hanya RM65,000 dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia, tanpa membabitkan mana-mana orang tengah (ejen), tidak seperti yang dinyatakan dalam portal tersebut.
“Sabah FC mencabar sesiapa yang membuat kenyataan tersebut tampil menunjukkan segala bukti berkenaan. Pihak pengurusan akan membuat laporan polis untuk memaklumkan tentang hasutan ini, dan sekiranya portal atas talian tersebut (atau mana-mana pihak)
secara terus menerus menabur fitnah yang tidak berasas, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Pihak kelab percaya segala tuduhan tidak berasas in adalah dengan niat untuk menjatuhkan imej seta kerja keras yang dibuat pihak pengurusan selama ini. Fokus utama kelab adalah untuk meletakkan Sabah FC di landasan yang betul di dalam mahupun luar padang.
Kelab dari Borneo itu ketika ini sedang beraksi dalam saingan Piala Malaysia dimana mereka menduduki tangga tercorot kumpulan D setelah menghadapi empat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
Piala Malaysia 2021: Ambil Aura Liverpool, Sri Pahang Tibai Penang 5-0
Nafi Ada Potongan Gaji 50%, Selangor Sentiasa Bayar Gaji Penuh ‘On Time’
“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”