Hasrat Rusia untuk menjadi sebahagian dari Asia semakin menjadi kenyataan dimana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak mempunyai masalah dengan cadangan terbabit.
Baca Juga:
- Rusia Bakal Adakan Mesyuarat Khas Bincang Sertai AFC
- RASMI: Rusia Diharamkan Sertai Kelayakan Euro 2024
- Dzeko Enggan Lawan Rusia Tanda Solidariti Kepada Ukraine
Presiden IOC, Thomas Bach yang mempengerusikan satu sidang baru-baru ini bersetuju dengan cadangan dari Majlis Olimpik Asia (OCA) yang mahu semua atlet termasuk pemain bola sepak untuk bertanding di peringkat antarabangsa sebagai anggota Asia dan bukannya Eropah seperti sebelum ini.
The 11th Olympic Summit held an important discussion involving the leading representatives of the #OlympicMovement. The OCA offered to facilitate the participation of athletes from Russia & Belarus in international competitions in Asia under its authority while..[1/3] pic.twitter.com/ztCJ95wFAw
— Olympic Council of Asia (@AsianGamesOCA) December 14, 2022
Sebelum ini, Kesatuan bola Sepak Rusia (RFU) mempertimbangkan untuk meninggalkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) demi menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Bulan Februari lalu, pasukan kebangsaan Rusia dan kelab dari negara itu tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dibawah kelolaan UEFA dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) ekoran isu pencerobohan terhadap Ukraine.
Kesannya, Rusia tidak dapat beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan salah satu kelab, Spartak Moscow turut disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Julai menolak rayuan yang difailkan oleh RFU dan empat kelab Rusia terhadap keputusan FIFA dan UEFA untuk melarang mereka daripada semua pertandingan sehingga diberitahu kelak.
Sepanjang penggantungan tersebut, Rusia sempat mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kyrgyzstan (2-1), Tajikistan (0-0), dan Uzbekistan (0-0).
Rusia sepatutnya mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Bosnia sebelum temasya Piala Dunia 2022 di Qatar membuka tirai namun beberapa pemain bintang Bosnia enggan beraksi dalam perlawanan tersebut.
“Saya menentang untuk bermain perlawanan ini; Saya sentiasa dan hanya akan berdiri untuk keamanan. “Saya ada pendirian yang jelas jelas dan yang tidak mahu terlibat bermain perlawanan ini, kerana orang yang tidak bersalah menderita. Saya berdiri teguh dalam solidariti dengan rakyat Ukraine dalam masa sukar ini bagi mereka,” kata bekas penyerang Manchester City dan Roma itu, yang kini berada di Inter.
Sekiranya Rusia menjadi sebahagian dari Asia, maka kita akan melihat pasukan kebangsaan negara itu beserta kelab akan beraksi dalam temasya seperti Piala Asia, Sukan Asia dan AFC Champions League (ACL).