Skuad kebangsaan Indonesia berpeluang menguji kekuatan menentang pasukan dari eropah apabila Rusia menjemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dalam kalendar FIFA yang akan datang.
Baca Juga:
- RASMI: Argentina Ganti Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20
- Rusia Semakin Hampir Guna Tiket Asia Bertanding Di Peringkat Antarabangsa
- Shin Tae Yong Salahkan Padang Punca Indonesia Gagal Ke Final Piala AFF 2022
Menurut laporan CNN Indonesia, jemputan itu hadir menerusi pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo dengan Duta Besar Rusia, Lyudmila G Vorobieva.
“Menteri Dito menyampaikan ucapan terima kasih dan menjelaskan kerajaan Rusia telah menjemput Indonesia untuk dua acara sukan penting di negaranya,” tulis kenyataan rasmi Kemenpora (Kementerian Belia dan Sukan Indonesia).
Salah satu jemputan itu ialah perlawanan bola sepak persahabatan diantara skuad kebangsaan Indonesia menentang Rusia.
“Yang menggembirakan lagi adalah ajakan perlawanan persahabatan antara Indonesia menentang skuad kebangsaan Rusia.
“Ini pasti akan disambut baik oleh seluruh rakyat dan peminat bola sepak Indonesia. Keranannya kami akan segera berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI),” tulis pihak Kemenpora.
🇷🇺🇮🇩 According to information from The Ministry of Youth and Sports of the Republic of Indonesia, Russian Ambassador in Indonesia, Lyudmila G Vorobieva invited to play a friendly match between Russia and Indonesia national team on FIFA Day.#PSSI pic.twitter.com/soUycNUMeM
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 13, 2023
Berdasarkan jadual, Indonesia akan menghadapi Palestin pada 14 Jun depan. Selain itu, skuad kendalian Shin Tae Yong itu turut dikatakan akan menentang Argentina pada bulan depan.
PSSI giat mencari pasukan yang berada di ranking lebih tinggi sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia 2023 tahun depan di Qatar.
Indonesia diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, Iraq dan Vietnam. Justeru itu, perlawanan menentang Rusia merupakan medan terbaik Shin Tae Yong untuk menguji kekuatan barisannya.
Sebelum ini, Rusia dilaporkan berminat untuk menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas pasukan kebangsaan dan kelab dari negara itu tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dibawah kelolaan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) ekoran isu pencerobohan terhadap Ukraine.
Sekiranya Rusia menjadi sebahagian dari Asia, maka kita bakal melihat pasukan kebangsaan negara itu beserta kelab akan beraksi dalam temasya seperti Piala Asia, Sukan Asia dan AFC Champions League (ACL).