Roy Keane yang terkenal dengan kritikan pedas berpendapat pemain Manchester United seharusnya merasa malu selepas tumbang 3-6 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 di Stadium Etihad, malam tadi.
Baca Juga:
- Manchester City Bantai United 6-3 Di Stadium Etihad
- EPL: Manchester United Tewaskan Liverpool, Ten Hag Nikmati Kemenangan Pertama Yang Bermakna
- Roy Keane: Ini Skuad Manchester United Yang Tiada Jiwa
Segalanya serba tidak menjadi pada buat The Red Devils pada separuh pertama apabila barisan pemain mereka gagal untuk menghalang nafsu besar Manchester City untuk memburu jaringan demi jaringan.
Ia jelas dibuktikan dengan empat gol yang dibolosi masing-masing dua gol oleh Erling Haaland dan Phil Foden. Duo tersebut terus cemerlang dengan hatrik pada 45 minit berikutnya walaupun United cuba bangkit dengan tiga gol.
Dibolosi sehingga enam gol sememangnya bukan keadaan yang boleh diterima para penyokong Manchester United, malah Keane juga turut merasakan sedemikian.
“Manchester City sangat mengagumkan. Menonton aksi yang dipamerkan Man City, ia adalah merupakan satu keseronokan,” ujar Keane menurut laporan Goal.
“Menonton aksi mereka secara langsung, mereka adalah salah satu daripada pasukan terbaik yang saya pernah saksikan.”
“Tetapi Manchester United, ia merupakan satu langkah ke belakang buat mereka. Kita telah memberikan sedikit kredit kepada mereka pada beberapa minggu terakhir ini, tetapi ini adalah langkah ke belakang.”
“Ketinggalan empat gol pada separuh masa pertama, mereka juga ketinggalan 4-0 di Brentford dan aksi pada separuh masa kedua, ia tidak bagus malah ia hanya sebagai [jaringan] saguhati.”
“Mereka menjaringkan beberapa gol tetapi perlawanan berakhir dengan kekalahan. Tiada apa [mata] yang Manchester United boleh ambil pada perlawanan tersebut.”
“Daripada pandangan pemain, mereka seharusnya mempunyai rasa malu. Anda tidak boleh ketinggalan 4-0 di babak pertama pada aksi derbi, ia merupakan sesuatu yang memalukan,” tambah Roy Keane lagi.