Wayne Rooney menyatakan bahawa beliau yakin Cristiano Ronaldo tidak akan menyertai City selepas pemain itu bergelar legenda Manchester United.
Ronaldo kini difahamkan setuju dengan terma dan syarat menyertai Man City. Namun rundingan di peringkat kelab masih lagi jauh daripada dimeterai.
Ejen kepada Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes dikatakan mastermind di dalam saga jendela perpindahan ini.
Mendes merasakan Ronaldo adalah calon paling ideal untuk Manchester City yang terlepas peluang mendapatkan Harry Kane musim ini.
Selain itu, Juventus juga dalam dilema untuk Ronaldo. Pemain itu berpotensi pergi secara percuma selepas dibeli dengan nilai €100 juta, pada 3 tahun lalu.
Jika Ronaldo dilepaskan, Juventus akan mendapat manfaat dari segi struktur gaji.
Walaubagaimanapun, Juventus masih cuba meyakinkan Ronaldo agar pemain itu kekal. Situasi masa depan Ronaldo di Turin dikatakan sangat tegang ketika ini.
Pemain tersebut dengan terbuka memberitahu kelab beliau mahu meninggalkan kelab pada jendela perpindahan kali ini.
PSG sudah menyatakan mereka tidak berminat dengan Ronaldo. Mendes kini menumpukan usaha untuk membawa Ronaldo ke Manchester City.
Masih belum ada bidaan dibuat, namun Mendes berusaha sedaya upaya agar Manchester City sanggup membayar €30 juta kepada Juventus, tanda harga yang diletakkan kelab itu untuk Ronaldo.
Pengurus Derby, Wayne Rooney menyatakan dia sangat tak yakin perkar itu boleh berlaku.
Rooney yang bermain bersama Ronaldo selama lima musim di Old Trafford berkata: “Jika kamu tanya saya, saya berpendapat, kemungkinan tu ada, tapi saya juga tidak yakin itu akan berlaku.”
“Cristiano ada legasi yang sangat agung di Manchester United. Saya tak rasa dia akan berpindah ke sesuatu kelab itu hanya kerana alasan wang.”
🗣 "I can't see it happening"
Former Man Utd striker Wayne Rooney doesn't believe former team-mate Cristiano Ronaldo would risk his Old Trafford legacy with a move to Man City 👀
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 26, 2021
“Namun dalam bola sepak juga, perkara seperti itu boleh berlaku, dan itu pernah berlaku sebelum sebelum ini. Pemain nama besar dan legenda Manchester United, Peter Schmeichel pernah pergi ke City, Andy Cole juga pernah pergi ke City, Mark Hughes pernah menguruskan City.”
Selain daripada nama nama di atas, Carlos Teves dan Owen Hargreaves antara nama yang pernah menggemparkan peminat United dengan menyertai City.
Rooney menambah: “Itu sudah pernah berlaku, cuma saya rasa, pemain dengan status seperti Ronaldo, saya tak nampak ianya akan berlaku.”
“Cristiano ada legasi yang sangat sangat baik di United dan saya tahu betapa bangganya dia sebagai pemain dan insan tentang hubungannya dengan Manchester United.”
“Saya memang tak nampak itu akan berlaku, namun ini adalah bola sepak, kamu tak akan pernah tahu.”
“Saya rasa kamu harus melakukan perkara yang betul sebagai seorang insan dan juga untuk keluarga kamu.”
Sebagai rekod, Wayne Rooney sendiri pernah hampir menyertai Manchester City. Namun Alex Ferguson sedaya upaya menghalang usaha tersebut daripada berlaku. Rooney ketika itu ditawarkan pakej untuk menjadi pemain dengan gaji paling tinggi di EPL oleh City.
Utds best ever trio in modern times:
TEVEZ – Went to City
ROONEY- Was ready to go City
RONALDO – May be going CityIll tell u how it is frm the 0161. Utd aint finished above City for almost a decade & City want to trample all over Utds heritage. Utd are in big trouble! pic.twitter.com/Lo6KAfcFFC
— Pundit Jay (@pundit_jay) August 26, 2021
Baca juga artikel
PSG Minta Real Bayar €220 Juta Dan Langsaikan Hutang Bonus €35 Juta Kepada Monaco
Amukan Arsenal Di The Hawthorns, Pengurus West Brom Pertahan Pemilihan Pasukannya